Monday 30 May 2011

masalah gagap

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi samaada "m-m-m-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja". Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan /p/, /b/ atau konsonent plosive yang lain. Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut. Dalam bahasa Inggeris British iatilah stammering digunakan bagi merujuk kepada tersekat dan terhenti-henti pada sesuatu perkataan atau syllables sementara istilah stuttering digunakan bagi merujuk kepada pertuturan berulang seperti digambarkan di atas


Biasanya, gagap bermula awal sedikit sebelum remaja, dan kadang kala ia hilang selepas baligh. Bagaimanapun, jika ia berterusan sehingga usia matang, ia biasanya kekal selama-lamanya. Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah ini. Gagap boleh dirawat melalui terapi pertuturan, tetapi keputusannya berbeza-beza. Biasanya, masaalah boleh berkurangan, tetapi tidak terdapat cara objektif untuk mengukur keputusannya
Gagap kadang kala bertukar menjadi tersekat, ia itu, walau huruf atau syllable pertama menjadi mustahil untuk disebut, contoh. tersekat. Ini sering mendorong kepada sebutan mengarut menggantikanm perkataan tersebut; menyebabkan syllables tiada makna menggantikan perkataan itu; sering kali memaksa cubaan berulang kali bagi menyebut perkataan tersebut; dan dalam kes melampau boleh menyebabkan seseorang gagap berhenti cuba menyebut perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain sama sekali. Penjelasan biasa yang digunakan adalah ketika cuba mengelakkan gagap atau bimbangkan kegagapan ketika menyebut menyebabkan gagal menyebutnya sama sekali. Ini juga merupakan tindakan luar kawal walaupun permulaan gagap kepada tersekat boleh juga separa maksud partly intentional.
Terdapat juga kemungkinan komponen genetik kepada gagap, kerana ia boleh diwarisi; walaupun tiada gen khusus dijumpai masa kini.


SEBAB DAN MULA BERLAKU


Pada masa lalu, masalah ini sering dikatakan masalah (psychological), seperti kanak-kanak belajar bertutur dan merasa bimbang akibat gagal mencari perkataan yang khusus. Ini disebabkan mereka yang gagap kadang-kala mampu bertutur secara normal, terutama ketika berada dalam keadaan tenang. Ini menunjukkan ia bukannya disebabkan kecacatan fizikal.
Barangkali pandangan meluas masa kini adalah ia disebabkan oleh masalah penyelarasan neural dalam otak. Penyelidikan terkini menunjukkan gagap berkait dengan ganguan fiber antara kawasan pertuturan dengan kawasan perancang pertuturan kedua-duanya di kiri sereberal hemisphere otak. Gangguan ini boleh disebabkan kerosakan otak awal atau kaitan genetik.
Gagap kemungkinannya disebabkan oleh (psychogenic) (berasal dalam pemikiran), walaupun ia jarang berlaku. Ia berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah mental atau dalam keadaan tertekan.
Satu keadaan yang diketahui dengan jelas adalah is menjadi teruk dengan kebimbangan. Kebimbangan melampau juga boleh, walaupun jarang, menyebabkan ia timbul pada mereka yang tidak pernah gagap sebelum ini. Dikatakan, hanya cara untuk mengurangkan gagap adalah mengajar mereka bertenang. Ini dapat membenarkan mereka bertutur tanpa gagap sehingga sesuatu tekanan timbul. Pastinya tidak semua orang boleh diajar bertenang, dan bukan semua orang yang kelihatan bertenang akan menerima kebaikan yang jelas.


Mereka yang gagap mungkin menghadapai lebih kesulitan dengan mereka yang tidak dikenali, menyebabkan ia lebih sukar untuk membuat kawan baru, sebagai contoh. Nota pratikal bagi mereka yang tidak gagap: kebanyakan mereka yang gagap berharap masaalah itu diabaikan dalam situasi normal. Bagaimanapun, sekiranya gagap menyebabkan masaalah kepada pendengar, seseorang tidak perlu takut untuk berbincang mengenainya.

renung bersama

"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.  Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.  Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."
"Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya.   Banyak duka mengaburkan akal.  Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal."
"Berlumba-lumbalah kamu mencari ilmu pengetahuan bererti kamu berlumba-lumba mencari kesenangan hidup dan berbahagia di hari muka."
"Orang tidak akan menyegani kamu kerana harta kamu sebaliknya orang menyenangi kamu kerana ilmu pengetahuan kamu itu."
"Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.   Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun.  Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan."

ISTEMEWA

PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atabiasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...