Sunday 7 August 2011

kemaafan

bulan pose nie blan paling hiba tok aku...
aku xtau nper kowt..
tpi mgkin kerana aku mgharapkan kemaafan yang ikhlas dari dua org sahabat aku nie...
aku syunk sgt kt dorg tp xbole ker bkak pntu kemaafan untuk aku..
mmg aku aku dri dulu sumer salah aku..
tp nper xcber nk bg aku peluang kedua..
bulan pose ustaz ckp adalah bulan tok kita bersihkan diri semua permusuhan, persengketaan yang berlaku..
setiap hari aku mngenangkan kegembiraan bersama dorg...
xder ker sdikit ruang hati tok memberi kemaafan kepada aku...
aku xley cm nie..bab wat aku x tenteram...
dulu mereka sntiasa d smping aku tok bersama-sama puasa..kali nie puasa tanpa dorg wat aku btol2 hiba...
omg...beri aku kekuatan mu di bulan yg mulia nie..
xkire aper korg wat kt aku sjak persengketaan 2 aku maaf kan korg...
hati aku sentiasa memaafkan korg...
fikiran aku setiasa memikirkan korg..
adakah aku nk berhnti berhrap emaafan dari mereka..
tak..tidak sma sekali aku tidak akn putus asa sama sekali...
aku akan memulihkan perhubungan ini...
tp adakah aku ckup kuat tok melaksanakan nya...
ya allah berikan aku kekuatan untuk menempuhkannyaa...

Wednesday 3 August 2011

taubat seorang hamba

hati hiba mengenangkan..
dosa-dosa yang ku lakukan..


oh tuhan maha kuasa..
terima tabat hamba berdosaa..



ku akui kelemahan diri..
ku insafi kekurangan ini..


ku kesali kejahilan ini..
terimalah..
terimalah..
terimalah taubat ku ini..


telah aku merasakan.. 
berjuta jiwa dan perasaan..
pernah hilang..
dari jalan menuju redha mu ya tuhan...

ku akui kelemahan diri..
ku insafi kekurangan ini..
ku kesali kejahilan ini..
terimalah..
terimalah..
terimalah taubat ku ini..


dihampuran ini ku meminta..
agar taubat ku diterima...

ku akui kelemahan diri..
ku insafi kekurangan ini..

ku kesali kejahilan ini..
terimalah..
terimalah..
terimalah taubat ku ini..

pidato...modal insan pemacu kegemilangan negara

Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudara pengerusi majlis, salam penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-detiknya, dan salam penuh ukuwah buat warga dewan yang jauh dimata namun dekat dihati.BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM sebagai pembuka bicara. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA saya ucapkan.
PERDANA MENTERI MALAYSIA pernah berkata, kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi. Dan cara inilah sahaja kita dapat menjadikan bangsa kita ada keupayaan dan kemampuan untuk bersaing dan sama-sama bina Negara maju dan dimulakan oleh belia sebagai pewaris pentadbiran negara.
Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa modal insan satu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan Negara, pertumbuhan ekonomi, transformasi budaya dan peningkatan tamadun Negara.
Datang hamba, datang bermakna,
Berdiri hamba, penuh bergaya,
Bukan untuk membuang masa,
Berkongsi ilmu itulah tujuannya.
 Bersama angin yang menderu, bersama nafas yang menghembus, bersama hujah yang kukuh , hayatilah
MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA
Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendifinisikan secara literal mahupun konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan .
Merujuk Kamus  Dewan Edisi ke-3
MODAL: wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk  berniaga
INSAN: manusia
PEMACU: perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan yang lain
PEMBANGUNAN: perihal membangun, usaha atau kegiatan membangun
NEGARA: suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu yang diperintah oleh sebuah kerajaan .

Terang lagi bersuluh bahawa takrif secara konseptualnya adalah modal insan merupakan suatu harta yang dimiliki oleh manusia untuk mempertingkatkan nilai diri, manakala  pemacu pembangunan Negara adalah  alat untuk mencapai kemajuan
Jelaslah bahawa modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan Negara.
Rmk-9 telah meletakkan beberapa fasal yang harus direalisasikan dalam tempoh 2005-2010. Antara cabarannya ialah memperkasakan modal insan. Fasal ke-2 bab yang ke 11, menyatakan pembentukan modal insan amat perlu untuk menjamin kemajuan Negara pada tahun 2020.
Bagaimana untuk membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?
Pragmatic saya yang pertama ialah
PEMBANTUKAN KEPERIBADIAN
Modal insan tidak akan menjadi kenyataan jika peribadi seseorang itu tidak utuh. Kemunculan Negara industri pada tahun 2020 perlu diiringi dengan kemunculan masyarakat yang memiliki keperibadian tinggi selaras dengan keperluan Negara industri iaitu memiliki keyakinan diri, mampu bersaing,  dinamis dan mempunyai sifat-sifat untuk mengejar kejayaan.
Cabaran wawasan 2020 yang ke-2  ialah
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan  maju  dengan  keyakinan terhadap diri sendiri,  bangga  dengan  apa  yang  dicapai  serta  gagah    menghadapi  pelbagai masalah.  Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai  kecemerlangan,  sedar  semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, 
Dengan berpandukan kepada modal insan, masalah gejala sosial dan keruntahan akhlak dapat diatasi, dan, Malaysia akan menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.
Jelaslah pembentukan keperibadian yang unggul membawa kepada pembentukan modal insan dan seterusnya memacu pembangunan Negara.
 Pragmatik yang kedua
Modal dapat dibentuk melalui ilmu pengetahuan. Ilmu pengtahuan melahirkan manusia yang unggul dan seimbang serta harmonis dalam pelbagai aspek. 
Bajet 2007 memberi peruntukan besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan. Tun  Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, daripada peruntukan RM33.4 bilion RM12.9 billion dikhususkan kementerian pelajaran, manakala pengajian tinggi (RM10.4 bilion) dan selebihnya untuk program latihan.
 Jika ilmu pengetahuan sudah mantap, sudah pasti ekonomi Negara akan mampan. Antara teras RMK-9 ialah Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
Tun Dr. Mahathir mohd pernah menyatakan bahawa, Malaysia harus maju, bukan hanya dari dimensi ekonomi, malah hendaklah menjadi satu bangsa yang sepenuhnya maju dalam dimensi  dalam erti keadilan sosial, kestabilan poltik, sistem pemerintahan, mutu hidup, kebanggaan nasional  dan keyakinan diri.
Jelaslah ilmu pengetahuan dapat memantapkan ekonomi, sosial, dan politik seterusnya memacu pembangunan Negara selaras dengan Wawasan 2020.
Pragmatic yang ke-3
Pembetukan modal insan yang berkemahiran tinggi.
 Kemahiran amat penting dalam proses memajukan Negara. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis amat membantu memacu pembangunan Negara kepada yang lebih efiyen.
 Pengetahuan luas dalam pelbagai bahasa membolehkan individu mengetahui lebih banyak ilmu pengetahuan.
A.S. Horby dan E.C. Parnwell dalam The progressive English Dictionary mendifinisikan bahasa ialah perkataan atau pertuturan yang diterima dan difahami oleh satu bangsa atau Negara.
Bahasa juga berfungsi sebagai alat penyebaran dan pengabadian ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.Selain itu, bahasa juga adalah medium diplomasi dan perantaraan untuk manusia.
Tanpa bahasa, individu tidak akan mampu berfikir secara kreatif dan kritis dan pemupukan minda kelas pertama tidak akan wujud sama sekali.
Mantan Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa, kekreatifan merupakan kekuatan yang mutlak. jika kita menggunakannya dengan baik, kita akan bersedia untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar, dan jika kita sentiasa sanggup memperbetulkan kesilapan kita, kelemahan dalam menuju matlamat pasti tiada.
Kemahiran komunikasi dan berfikir secara kreatif dan kritis dapat membina individu yang memiliki minda kelas pertama selaras dengan nilai modal insan yang mampu memacu pembangunan Negara
Pragmatic saya yang ke-4
Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.
Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan asset  yang penting kepada Negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan beperanan positif dalam dimensi pembangunan Negara.
Kemajuan Negara tidak boleh dicapai andai rakyat memiliki akhlak yang buruk seperti rasuah, pecah amanah, zalim dan seerti dengannya. Keutuhan akhlak akan mewujudkan tamadun manusia yang komprehensif,dan  inovatif.
Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat  yang  sepenuhnya  bermoral  dan beretika tinggi,  yang mana warganegaranya kukuh dalam  nilai agama, dan  kejiwaan  dan   didorong  oleh tahap etika  paling tinggi.
Isu utama Perdana Menteri ialah sifar rasuah. Beliau menyatakan bahawa rasuah adalah bacteria dalam Negara. Ia akan menghapuskan Negara secara sedikit demi sedikit. Jika tidak diubati ia akan menjadi barah dalam masyarakat. Akhlak yang unggul amat memberi kesan kepada proses pembangunan Negara.
Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan  antara cabang modal insan sebagai pemacu pembangunan Negara.
Pragmatic saya yang ke-5
Modal insan yang memiliki bakat kepimpinan
 Bakat memimpin adalah kelayakan mejadi seorang pemimpin dari segi mental yang baik dan moral yang unggul. Kerana semua agama mengutamakan nilai-nilai ini sebagai pemimpin termasuk islam .  pemimpim yang baik adalah seorang yang positif, dan boleh menerima kritikan selain mempunyai idea yang bernas.
Pemimpin yang unggul akan memacu pembangunan Negara dengan lebih efisyen dan progresif.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang mafhumnya : sesungguhnya jawatan itu adalah kerugian dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan penuh tanggungjawab
Hadis ini membuktikan pemimpin yang adil merupakan tunjang dalam sesebuah Negara, tanpanya Negara tersebut pasti  kucar-kacir dan tidak membangun. Nampaklah kita bahawa tugas pemimpin itu bukan mudah, malah amat berat sekali.
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan berbangga kerana memiliki pemimpin yang berkaliber dan sedang berusaha untuk memajukan Negara. Modal insan tidak akan sempurna andai nilai kepimpinan tiada dalam diri individu. Jelaslah modal insan pemacu pembangunan Negara.
KESIMPULANNYA
Dengan segala hujah saya yang kukuh, saya dapat merumuskan bahawa Dengan berpandukan keperibadian yang unggul, maka modal insane  mampu dilahirkan dan pasti wujud masyarakat yang bersdia untuk     mentadbir     Negara. Ilmu pengetahuan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan segala cabangnya, pasti akan membawa Malaysia duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi dengan Negara yang lain. Kemhiran berkomunikasi dan berfikir perlu dipertingkatkan supaya Malaysia akan mencapai Negara maju pada tahun 2020. Akhlak yang unggul sebagai asset kepada Negara dalam pembangunan modal insane. Kepimpinan yang baik akan memastikan proses pembangunan Negara berjalan lancar.

Jelaslah bahawa modal insane amat member kesan yang mendalam dalam proses pembangunan Negara.
Saya akhiri pidato saya pada hari yang mulia ini dengan serangkap  pantun,

Loceng disana sudah berbunyi,
Menjadi tanda suruh berhenti,
Salah dan silap harap dimaafi,
Semoga kita berjumpa lagi.

Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum

news from me...




inilah diri aku...
hanya aku seorang sahaja...
tiada org lain..
kerna aku di cipta untuk diriku...

aku dicipta bukan untuk org lain..
tetapi aku dicipta untuk patuh dan taat padaNya..
kerna Nya aku disini berdiri..
kerna Nya juga aku bernafas di bumi bertuah ini...

jgn kita bimbang untuk jdi diri sendiri...
kerna kita adalah kita...
Allah sengaja mencipta setiap manusia ini berlainan..
untuk mengajar kita erti cabaran hidup yang sebenar...

pengucapan awam...guru berintegriti mamajukan bangsa

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pernah berkata “Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi perlu ada pada seseorang itu”. Dalam nada yang serupa,integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa. Begitu juga kata-kata penuh berwawasan dari pemimpin tersohor India. Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia ini cukup untuk orang-orang biasa tetapi tidak cukup dengan orang yang tamak dah haloba.
Sekalung  aspresiasi saya kaungkan buat saudara pengerusi, saf intelektual kehakiman penuh berintegriti, dif-dif kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin dan hadirat yang ang jauh dimata namun dekat dihati. Bismillahirrahmannirahim pembuka bicara.  Assalamualaikum warahmatulhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni.
Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari, datang bukan hendak mencari calon isteri tetapi hendak membawa anda semua memahami, mendalami dan menyelami sebuah modul bicara yang berbunyi GURU BERINTEGRITI MEMAJUKAN BANGSA. Begitulah indahnya alunan gabungan aksara yang membentuk tajuk pidato saya pada hari ini. Sebelum lidah melontar madah, sebelum tangan tarikan gaya, izinkan saya mendefinisikan tajuk modul bicara saya pada hari ini. Secara intelektual, frasa guru bermaksud orang yang mendidik iaitu golongan pendidik. Manakala integriti bemaksud jujur ataupun nilai-nilai murni yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang. Seterusnya bangsa berintegriti pula ialah bangsa yang jujur dan telus. Ironinya, guru berintegriti memajukan bangsa diertikan sebagai pendidik yang membentuk sifat istimewa yang menjadi teras keperibadian seseorang supaya menjadi bangsa yang jujur, dan telus dalam apa jua keadaan.
Bagi mengulas dan mengupas perihal ini, saya akan mengemukakan 4 komponen utama dalam modul bicara saya pada hari ini.
1. Pendidik bersahsiah, peribadi cemerlang.
2. Pendidik kreatif, menjana revolusi minda.
3. Pendidik mendukung wawasan negara, memperkasa negara.
4. Pendidik berilmu, melonjakkan negara di pentas dunia
Sidang pendengar budiman yang saya muliakan sekalian,
Bagaimanakah dikatakan pendidik bersahsiah membentuk jati diri bangsa?Pendidik bersahsiah merupakan komponen saya yang pertama. Apa yang boleh diperkatakan ialah pendidik seharusnya mempunyai pekerti mulia seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini juga merupakan salah satu pendekatan untuk pendidik mendekati murid. Pendidik yang prihatin, ramah serta sopan santun merupakan salah satu gaya anggun untuk membolehkan guru mendekati seseorang murid itu. Justeru, ungkapan pendidik sebagai role model oleh masyarakat adalah amat sesuai. Pendidik yang bersahsiah mampu melahirkan modal insan yang sempurna dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Seandainya pendidik itu sendiri yang pincang, maka sesuailah dengan pepatah ini “kalau guru kencing berdiri, tidak hairanlah jika murid kencing berlari”.
Seterusnya, komponen saya yang kedua ialah pendidik berinovatif, kreatif dan kritis khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Hal ini bertepatan dengan elemen keenam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur intelek. Objektifnya ialah untuk melahirkan bangsa yang sentiasa meneroka sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Maka, pendidik hendaklah bersedia untuk menimba ilmu dan kemahiran baru berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran serta sanggup melaksanakan inovasi dalam pembelajaran di bilik darjah.
Sidang hadirin tonggak kegemilangan negara sekalian,
Komponen saya yang ketiga pula ialah pendidik mendukung wawasan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dengan matlamat melahirkan modal insan yang berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang acap kali mengalami transformasi. Sekolah Wawasan yang dicanai kerajaan bertujuan untuk menghapuskan jurang perkauman dan sekaligus memupuk semangat patriotisme yang tinggi. Sekolah Wawasan merupakan pengumpulan tiga buah sekolah dalam satu kawasan iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.Justeru, bagi menjayakan matlamat perpaduan antara kaum, maka sesuailah dengan pepatah Melayu “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.
Setelah tamat komponen ketiga,kita beralih pula kepada komponen saya yang terakhir iaitu pendidik yang berilmu dan beramal. Menurut perspektif agama, kerjaya guru dianggap sebagai ibadah. Hal ini kerana tugas pendidik adalah untuk menyampaikan ilmu dunia dan akhirat kepada murid sebagai pedoman hidup. Kita tidak mahu menjadi pendidik yang hanya mengharapkan gaji setiap bulan secara membabi buta semata-mata. Fikir-fikirkan. Maka, ingin saya jelaskan di sini bahawa tujuan pendidik adalah untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan. Bagi mencapai Wawasan 2020, modal insan yang dimaksudkan ialah modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berketerampilan.
Sidang pendengar yang saya kasihi sekalian,
Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan integriti sebagai budaya dan pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia suka untuk saya ingatkan , pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang . Ingat, jangan biar ayam direban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang, mari bangkit dan sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin gemilang.Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...