Monday 19 September 2011

KONSEP MURABBIY

Konsep “Murabbiy” dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap “muallim”. Muallim bermaksuf pengajar, lebih menjurus kepada sorang pengajar atau guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep “Murabbiy” merujuk kepada Pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.


Justeru, Murabbiy akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”. Perumpamaan yang boleh diketengahkan di sini ialah Muallim adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala Murabbiy adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh tepung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak.
CIRI-CIRI KEPIMPINAN /PENDAKWAH - Murabbiy 

Asas pembinaan seorang “Murabbiy” berkait rapat dengan konsep pembinaan Pendakwah. Berbicara tentang Dakwah dan Pendakwah dalam Islam, semestinya elemen “Murabbiy” / pendidik tidak boleh dipisahkan. Berikut dikemukakan beberapa pandangan tokoh dan ulama’ dalam membinan asas keperibadian unggul Pendakwah.

1. Buku : Gerakan Islam: Kepimpinan – Syura –Tarbiyah, Zawawi Ali dan Mohammad Kamil Abdul Majid, menyatakan antara sifat-sifat Qiyadah dalam membimbing Harakah masakini perlu berteraskan ciri-ciri dan sifat kepimpinan Rasullullah s.a.w iaitu:

a. Keberanian dan keazaman yang kukuh.

b. Sabar dan berpendirian teguh – dalam mengharungi segala rintangan, ujian dan siksaan kaum Quraish terhadap dirinya.

c. Keadilan dan Persamaan – Rasulullah s.a.w seorang yang bersifat adil dan mewujudkan persamaan contohnya Baginda turut sama dalam melaksanakan pembinaan Masjid pertama di Madinah. Baginda juga turut menggali Khanda / parit dalam peristiwa Ahzab.

d. Peribadi dan Watak yang Sempurna – keperibadian dan budipekerti Rasulullah s.a.w amat meyakinkan.

Sheikh Fathi Yakan, Musyhkilatu da’wah wad-da’iyah menulis tentang sifat-sifat pendakwah sepertimana berikut:

a. Kebersihan Jiwa dan Rohani
- perlu sentiasa ikhlas
- sentiasa mengingati Allah swt.
- Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan - tidak meninggalkan tahajjud.

b. Kesihatan Badan dan Kekuatannya

-Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung dan tidak henti-henti.

c. Keupayaan Akal dan Fikiran

- Pemimpin, fikiran dan mindanya haruslah terdiri dari pelbagai bahan tidak hanya terhad kepada ilmu Islami sahaja tanpa mendalami ilmu-ilmu lain.

- Berupaya juga menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada dengan menjadikan pengalaman sebagai panduan berteraskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.
Seterusnya beliau menambah bahawa ada beberapa sifat-sifat yang perlu bagi Pimpinan: 

a. Mengenali Dakwah – mengenali organisasi dan matlamat perjuangan (ada hubungan)

b. Mengenali Jiwa – mengetahu kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya sendiri

c. Perhatian kepada ahli-ahli – mengambil tahu hal-ehwal pengikut.

d. Tauladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah)

e. Pandangan yang tajam – tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas.

f. Kemahuan yang kuat

g. Daya Tarikan semulajadi

h. Optimisma
Sayyid Sabiq juga menyatakan berkenaan sifat pemimpin seperti berikut: 


a. Seorang pemimpin itu mesti selalu membuat musyawarah dan jangan membuat keputusan sendiri.

b.Hendaklah seorang pemimpin itu bersifat lemah-lembut dan pengasih kepada pengikut-pengikutnya.

c. Dalam konteks melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, hendaklah pemimpin itu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan maksiat.

d. Hendaklah seseorang pemimpin itu menghubungi pengikut-pengikutnya dan mengetahui keperluan mereka.

e. Hendaklah pemimpin itu menyerahkan tugas-tugasnya bertepatan dengan orang yang selayaknya.

Monday 12 September 2011

cerita Bukit Putus

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang
bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat)
beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan
kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun
terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat
kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun
ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya.
Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan
keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat
sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya
tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan
saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”.
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju
putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya…
Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa
perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang,
terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu
pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga
hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang
berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan
mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah
malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong
perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan!
Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula
merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi.
Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya.
Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu
kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah
keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan
tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat
dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi
dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
Wassalam…

belajar dari kesilapan lalu..

setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..
sama ada di sedari atau tidak...
sama ada sengaja atau tidak...
tetapi jika kita sedari perlu kita perbaikinya...
agar kita bertambah baik...
jangan lah kita menjadikan kesalahan lalu sebagai peristiwa yang amat buruk..
tetapi menjadikannya sebagai pengajaran dan teladan kepada kita..
kerana dari kesalahan lalu kita akan menjadi matang dalam membuat sesuatu...
tidak semua rang dapat lalui kesilapan sendiri dengan baik...
ada kadang-kadang menjadikan mereka tertekan...
cuba kita hadapi nya dengan baik...
kita juga sama sekali jangan mengambil kesempatan terhadap orang lain untuk menutup kesalahan kita...
kita juga sama sekali tidak digalakkan untuk melindungi kesalahan orang lain...
jika kita membantu menutup kesalahan mereka...
bagaimana mereka hendak menyedari kesalahan mereka..
kerana mereka akan terus dan terus melakukan kesalahan tersebut....
jika adala sebarang permasalahan cuba selesaikan dengan baik...
mungkin kita akan jadi lebih tenang...
jangan risau kerana memang sikap manusia ada pemaaf dan ego...
tapi bergantung bagaimana kita meminta maaf...

berbahagia bersama sahabat



Hidup berakhir ketika kamu berhenti bermimpi
Harapan berakhir ketika kamu berhenti percaya
Cinta berakhir ketika kamu berhenti memberi perhatian
Persahabatan berakhir ketika kamu berhenti berbahagia


Jadi berbahagialah dgn orang yg kau sayangi
Aku pilih tuk berbahagia DENGANMU
Maafkan orang yg melukai hatimu
Dan jgn sakiti hati orang yg mencintaimu
Jgn menangis kpd seseorang yg tdk menangisimu

Teman baek sulit ditemukan
Lebih sulit ditinggalkan dan tdk mungkin dilupakan
Setiap orang akan masuk dan keluar dlm hidupmu
Tapi hanya "teman" yg meninggalkan jejak di hatimu


sahabat sejati




Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering diuji dengan beberapa cubaan, tetapi
persahabatan sejati akan mengatasi cubaan itu bahkan
membesar bersama kerananya…
Persahabatan tidak terjalin secara outimatik tetapi
memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, jesteru kerana kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukankan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
memerlukankan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi jesteru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang diperlukankan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego.
Semua orang pasti memerlukankan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.
Beberapa hal seringkali menjadi penghancur
persahabatan antara lain :
1. Masalah bisnes UUD (Ujung-Ujungnya Duit)
2. Ketidakterbukaan atau berfikiran tertutup
3. Kehilangan kepercayaan
4. Perubahan perasaan antar lawan jenis
5. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan
oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.
Renungkan :
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**

Sunday 11 September 2011

bila cita-cita terlampau tinggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

carilah orang gaji penyabar..kalu xmacam nie llaaaa hahaha

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


suami sengal

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

lawak jam budak punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.


Thursday 8 September 2011

aku hanya mampu berdiam..

memang pedih hidup aku ini..terutama sejak aku meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi..sikap mereka terhadap aku membuat aku kecewa dengan mereka...aku hanya berdiam kerana tidak mahu menunjukkan api kemarahan aku kepada mereka..sebab aku sayang mereka dan sentiasa ingin jaga perasaan mereka...tapi adakah mereka menjaga perasaan aku...aku tidak ingin menyakiti hati mereka sekiaranya mereka menyakiti hatiku...kerana bukan sikap ku untuk berdendam...aku tidak akan sama sekali membalas sikap buruk mereka terhadap aku..kerana aku akan terus berdiam supaya tidak aku sakiti hati mana-mana pihak....aku tidak kira betapa benci mereka terhadap aku..aku tidak akan sama sekali membenci mereka kerana aku hanya mampu berdiam dan memendam perasaan ini...kerana aku tahu setiap kawan aku adalah mempunyai sikap yang berlainan dan aku hormatinyaa...tetapi adakah mereka menerima aku seadanya..adakah mereka menghormati hak aku untuk berperlakuan sedemikian...aku hanya mampu berdiam berterusan supaya aku tidak kehilangan kawan-kawan yang aku sayangi...

Tuesday 6 September 2011

hary ryer kuefiz










apa itu cintaa...


Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

adakah ini raya terakhir buatku...

masih adakah raya untuk ku..dengan kesihatan yang semakin buruk..adakah aku mampu meraikan syawal yang akan datang....ingin aku nikmati syawal yang penuh indah, gembira dan ceria..disamping keluarga aku...aku hanya manusia biasa yang mampu merancang tapi tuhan yang menentukannya...semoga dipermudahkan allah agar aku dapat laluinya dengan sempurnaa

terpaksa..

terus terang aku cakap..aku lepaskan kau kerana terpaksa..kerana aku tidak layak buat mu...aku tidak mahu sama sekali membuat mu menangis kerana ku....tapi ketahiulah aku buat semua itu untuk kebahagiaan mu..aku tidak mahu sepanjang pengenalan kita jadi satu bebanan dan kesengsaraan buat mu..aku tidak sanggup melihat air mata orang yang menyayangi aku tumpah ke muka bumi ini..air mata mu sungguh suci dan tulus..sehingga aku menjadi berdosa jika membuat air mata mu tumpah..ketahuilah ini semua perasaan kasih dan sayang ku padamu..aku tidak mahu dirimu umpama bertepuk sebelah tangan.aku amat hargai dirimu...biar aku yang tumpahkan air mata kerana mu..tetapi jangan sesekali dikau tumpahkan air matu mu kerana kekhilafan diri ini...

Monday 5 September 2011

MASIH MERDEKA

adakah malaysia ini masih merdeka..pada hakikinya kita memang sudah merdeka..kenyataannya juga kita masih merdeka..tapi adakah pemikiran rakyatnya sudah merdeka...bagaimana pemikiran anak dunia baru ini..jgan kita cakap anak dunia baru sahaja..tetapi pemikiran generasi dahulu juga babaimana..itu semua perlu diambil kira bukan..kalau kita anak merdeka sudah pasti tanah bertuah ini tiada jenayah yang berlaku...
kita lihat sahajalah pemikiran anak dunia baru ini..disebabkan tanah bertuah ini sudah menjadi negara maju anak-anak kita sudah menjadi rosak..tegak sahaja disekeliling kita..ada anak melayu yang bertudung tapi memakai pakaian ketat..itukah pemikiran anak dunia baharu..sepatutnya anak dunia baru ini sudah mengetahui pengajaran apa yang akan menimpa diri mereka tapi masih mereka lakukannya...
bukan itu sahaja..anak lelaki bertindik..OMG...itukah pemikiran dunia baru..kalau lembu kita tidak kisah lagi..tetapi anak-anak dunia baru ini lagi melampau menaglahkan lembu tindik mereka..ada yang tindik telinga..lidah..dagu..bibir..lebih menjijikkan alat sulit mereka turut mereka tindik...adakah ini dikatakan kita masih merdeka..anak merdeka...tidak bukan....
jadi fikir-fikirkan yer...dan selamat beramal...

selamat menyambut hari merdeka yang ke 54tahun kepada seluruh warga Malaysia..

kehilangan

banyak peristiwa yang memeritkan telah melanda diri ini..tp dengan hati yang hiba aku restui juga semua ini berlaku...beberapa hari sebelum raya aku telah kehilangan 3 orang sabahat bukan jauh tarikh nya tapi berturut-turut berlaku..hiba sungguh hati ini...sedangkan mereka sangat baik jika dibandingkan dengan diri ini...kenapa bukan diri ini pergi dahulu...aku kena tabahkan diri menghadapi semua ini...aku ingatkan itu yang terakhir peristiwa sedemikian berlaku...rupanya peristiwa ini berterusan dengan kehilangan lagi seorang sahabat pada 1 syawal dan 4 syawal... makin hiba hati ini..bagaimana harus aku lalui hari-hari yang akan mendatang..kehilangan 5 orang sahabat merupakan tamparan yang hebat kepada diri ini bukan kepada aku sahaja tapi keseluruhan hidup ini...mereka sahabat yang sungguh hebat bagi aku kerana dengan dorongan mereka aku berjaya menjejakkan kaki ke IPGM Kampus Ipoh ini...akan ku kenang mereka selama ini sepanjang hayat aku...akan ku tempuhi semua ini dengan hati yang redha kerana ini semua ketentuannya..aku tidak boleh menidakkan semua kejadian ini...dikau la SAHABAT SELAMANYA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...