Thursday 10 November 2011

KASIH SAHABAT

ramai orang keliru perbezaan antara sahabat dan kawan...sini aku terangkan satu per satu pada korang. menurut profesor dr. mariani ahmad salah seorang pakar psikolgi kanak-kanak di Universti Malaya merangkap mak angkat aku juga, beliau telah menggariskan beberapa panduan perbezaan antara kawan dan sahabat. kawan senang kita cari cari sebab kehidupan seharian kita dikelilingi oleh kawan-kawan yang selalu kita nampak tetapi adakah kita akan nampak mereka sewaktu kita susah, duka mahupun menangis. berbanding dengan sahabat mereka adalah dalam kalangan kawan kita tetapi paling akrab dengan kita. sahabat sentiasa bersama kita sewaktu suka dan duka, gembira mahupun menangis. sahabat adalah insan yang paling ikhlas semasa bersama kita kerana mereka menerima kita seadannya berbanding dengan kawan. sahabat kita akan sentiasa bersabar dengan kerenah kita terutama sikap buruk kita. macam aku memang banyak sikap buruk dari baik tapi aku beruntung ada sahabat yang sentiasa disisi aku.

sahabat tidak pernah lari dari kita berbanding dengan kawan. kawan akan mengelat dari kita sekiranya sesuatu yang tidak kena pada kita. sahabat pula akan sentiasa menegur sikap kita tanpa peduli akan perasaan kita ketika itu. itulah sebenarnya sahabat sejati supaya kita tidak terus melakukan kesilapan mereka akan menegur kita tanpa manghiraukan perasaan kita. itu tandanya mereka sayang pada kita.

dalam kehidupan kita kita tidak lari dari menjalani kehidupan bersahabat ataupun berkawan. tetapi kita perlu ingat kawan ini adalah anggota keluarga kita sekiranya kita sudah menetap bersama mereka. jadi perasaan kita perlu dijaga antara satu sama lain. kerana kawan ini saling melengkapi kehidupan kita kerena merekalah orang paling rapat dengan kita tika itu. hati kawan tidak perlu kita sakiti sebaliknya kita menjaganya. jika telah mengguris perasaan mereka cepat kita menyedari kesilapan kita lalu meminta maaf. kawan mana tidak akan memaafkan kawannya sendiri jika sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri bukan!!!!

sengaja aku bukan topik ini kerana ada seorang kawan aku sedang dihimpit kebuntuan dalam menyelesaikan masalah sahabat beliau. jadi ambil ini sebagai iktibar dan dijadikan panduan dan pedoman kita. OK...
sekadar perkongsian.

tengok muka sahabat sejati KU...


faris hashim


syahrul azman @ caloi


adzmin adenin


my kekanda adryan shah

Tuesday 8 November 2011

BAHASA MELAYU 1 KOMUNIKASI BERTULIS (MINIT MESYUARAT)

DEFINISI
Rekod bertulis yang berkaitan dengan perkara-perkara berlaku semasa mesyuarat diadakan. Ia merupakan catatan yang tepat dan bemunasabah kepada peserta mesyuarat mahupun yang tidak hadir dengan sebab tertentu.Ia perlu ditulis dalam bentuk laporan dan mengguna istilah bahasa pihak ketiga. Pihak ketiga yang dimaksudkan adalah pencatat yang menulis minit mesyuarat tersebut.

JENIS-JENIS

1. Minit Mesyuarat Verbatim
Dilakukan dalam laporan mahkamah dimana setiap apa yang diperkataan perlu dicatatkan perkataan demi perkataan.

2.Minit Mesyuarat Resolusi
Kesimpulan utama yang perlu direkodkan bukan perbincangan yang terperinci dicatat. Laporan ini biasanya merekod AGM dan yang seumpama dengannya. Penting bagi mencatat resousi yang dipersetujui bersama.

3.Minit Mesyuarat Naratif
Merumuskan semua perbincangan yang terlibat semasa mesyuarat, laporan-laporan yang diterima, keputusan-keputusan yang dibuat serta tindakan yang dilaksanakan seterusnyaa.

BAHASA MALAYU 1 KOMUNIKASI BERTULIS (RENCANA)

DEFINISI
Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat,ulasan,huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berdasarkan fakta-fakta sebenar.

Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.Fakta – fakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik rencana.

Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi mendapatkan
fakta sebenar untuk penulisan rencana. Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan kepada sesuatu tajuk yang khusus

CIRI-CIRI PENULISAN RENCANA
Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya adalah seperti yang berikut:

1. Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal.
·         Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan mempunyai struktur yang lebih terancang.

2. Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi.
·         Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.
·         Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan rencana

3. Tujuan penulisan rencana adalah serius.
·         Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.
·         Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.
·         Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu, nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan bagi sesuatu
fakta

4. Ada digniti.
·         Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai nilai intelektual.
·         Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya

5. Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.
·        Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka,Perpustakaan Negara dan sebagainya.

6. Ada ukuran kepanjangan.
·         Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan yang
·         tertentu.
·         Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek daripadan monograf jika dilihat dari segi ukurannya.
·         Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.
·         Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.
·         Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnya menjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan

7. Penulisan yang jelas dan jitu.
·         Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.
·         Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan
menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan hujahan penulis

8. Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan.
·         Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa, menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut

9. Menyampaikan maklumat.
·         Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak dan jelas kepada para pembaca.
·         Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut. Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi.
·         Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing,setinggan,budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan masyarakat

10. Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W + 1H,iaituwho(siapa),when(bila), what(apa), why(mengapa), where(di mana) danhow(bagaimana).
·         Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa secara menyeluruh. Jawapan bagi persoalan-persoalan ini juga secara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh pembaca.

11. Rencana bersifat ulasan subjektif.
·         Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang lebih mendalam mengenainya di akhbar.
·         Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis.
·         Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya.
·         Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri

12. Tempoh tarikan tidak terhad.
·         Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan tugas penulis supaya isu yang
ditimbulkan tetap menarik. Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu.
·         Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah berupa imbasan kembali

13. Organisasi penulisan yang logik.
·         Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan.
·         Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan perkara tersebut.

14.  Pembatasan pembicaraan
·         Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.


JENIS-JENIS RENCANA
1.Rencana jenis penerangan
Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa kumpulan fakta dari berita harian. Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.

2. Rencana jenis berita.
Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya. Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan pendapatnya.

3. Rencana jenis profil.
Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh. Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan. Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal.Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.

4. Rencana jenis penyiasatan.
Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir serta pendapat orang ramai. Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh- contoh yang sebenarnya. Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalam Kalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab sebab berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh murid murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat

5. Rencana jenis pendapat.
Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh tertentu. Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

6. Rencana jenis perbahasan
Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam permainan dan sukan. Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat pihak lain.

7. Rencana jenis kritikan.
Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau perkara dengan mengemukakan alasannya. Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-alasan lain kemudiannya. Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang patut diberikan pujian.

8.Rencana jenis umum.
Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari. Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca

Monday 7 November 2011

Panduan Mengenali Perempuan Dengan Cara Jalan

1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka menunduk ketika berjalan
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan menatap lurus ke depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan nampak tegak ketika berjalan
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agak berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Ini hanya perkongsian berdasarkan pengalaman berkawan dan bersama-sama dengan mereka. Sekian.

LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH

Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
Lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri-cirinya?


Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.


Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu, bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari. Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka. Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:


“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).


Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:
Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.
Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.


Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua.


Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.


Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.


Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.


Rasulullah bersabda“ Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )


“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )


Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh.
Jadi ingatlah wanita yang solehah hanya untuk lelaki yang soleh. Aku pun tidak tahu adakah aku akan dapat wanita sepertiku yang akan mendampingi hidupku. Aku berharap mendapat seorang pendamping yang akan membimbing aku dan anak-anak ke jalan yang dierkati Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...