Monday 9 July 2012

ALAT BANTU MENGAJAR : MEMBACA SUKU KATA KV

KELAS LITERASI BAHASA BANYAK MENGGUNAKAN OTAK MENCETUSKAN KREATIVITI..HAL INI KERANA UNTUK MELATIH KAMI PARA GURU PELATIH SUPAYA DAPAT MENCIPTA ALAT BANTU MENGAJAR UNTUK MURID-MURID..

JADI UNTUK SUKU KATA SAYA DAN DUA ORANG RAKAN LAIN TELAH MENJADIKAN SUKU KATA ITU KEPADA SATU BUKU YANG KECIL DAN MENARIK..AGAR IANYA MUDAH UNTUK DIBAWA KEMANA SAHAJA..SUKU KATA AMAT PENTING UNTUK KANAK-TAHAP SATU SUPAYA DAPAT MENJADI AYAT..

HASIL KERJA KAMI :




PENGURUSAN BILIK DARJAH

Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif
Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama seperti berikut;
  • Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.
  • Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
  • Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
  • Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna.
Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.
Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran.
Iklim Bilik Darjah juga boleh dilihat daripada segi pengurusan aspek fizikal, sosial dan juga emosi di bilik darjah.

  • Iklim Fizikal:
Susun atur perabot di dalam kelas. Pengudaraan, pencahayaan, kebersihan dan keceriaan kelas.

  • Iklim Sosial:
Guru merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. 
  • Iklim Emosi:

Guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.

TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut; 
Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer – makanan, minuman dll ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder – token, kupon, mainan, bintang dll 
desensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan   takut bercakap di depan kelas, fobia dll bimbingan dan kaunseling - pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku 
terapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskan perasaan yang tertekan 
penamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif    secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positifpengasingan (time-out, suspension) - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) - mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan kontrak perjanjian (contigency contracting) - persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. 

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Secara umumnya,  tingkah laku bermasalah  dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah  positif dan tingkah laku bermasalah negatif.
Tingkah laku bermasalah positif
Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh  menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
Tingkah laku bermasalah negatif
Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah  negatif adalah seperti berikut:
i.  Tingkah laku Disruptif/mengganggu
Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.
ii.  Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.
iii.  Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya.

iv.  Distruktif/merosakkan
Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.
v.  Kebimbangan
Perasaan kurang senang atau takut  akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.  Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .
vi. Pengasingan diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi.  Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.
vii.  Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa  dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.
viii.  Enggan ke sekolah 
Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah.  Kanak-kanak ini berasa  bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.
ix.  Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa  kebenaran tuannya.  Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

Punca salah laku
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu.   Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut.  Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.
  1. persekitaran
  1. tekanan psikologikal
  1. ketakutan dan fobia
  1. peneguhan yang kurang sesuai
  1. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
  1. kesukaran tugasan
  1. aktiviti dan tahap rangsangan
  1. kesihatan dan  perubatan
  1. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaranSesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti  bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain.  Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.
Tekanan psikologiIndividu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa  senang dengan tingkah laku tersebut.  Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.
Ketakutan dan fobiaFobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu.  Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya  sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh  menyebabkan bahaya kepada individu tersebut  seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.
Peneguhan yang kurang sesuaiTingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja.  Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk.  Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan  dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya.  Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhadTerdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa  kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang  kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.


Kesukaran tugasanKesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak  melakukan kesilapan  dan mengalami kegagalan.  Keadaan kekecewaan ini  berkait rapat dengan  masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.
Aktiviti dan tahap rangsanganKekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku.  Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid  tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.
Kesihatan dan perubatanKesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.
Jangkaan tingkah lakuAda kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian  dengan anggapan bahawa  tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya.  Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah  daripada yang sepatutnya.  Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

TEORI DAN MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Model PsikodinamikBerasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personality seseorang.  Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh:-       Masalah dalaman individu-       Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorangAntara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:-       Model Psikopendidikan-       Teknik Kaunseling-       ‘Expressive Media’-       Teknik Pengurusan Tingkah LakuModel Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah:-       Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan-       Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak-       Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih saying-       Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak.Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah:-       Life-space Interview-       Reality TheraphyTeknik  Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor.  Antara teknik-teknik yang boleh digunakan:-       Free Play-       Permainan Puppet-       Main Peranan-       Pergerakan Kreatif-       Terapi Seni-       Muzik-       Fotografi dan rakaman videoPendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja.Antara Teknik yang boleh diguna ialah:
-        Planned Ignoring-       Tension Reduction Through Humor-       Interest Boosting-       Hurdle Helping
Model PersekitaranKesan persekitaran ke atas tingkah laku individu.  Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Antara teknik yang boleh diguna ialah:-       Intervensi berpusatkan kanak-kanak-       Intervensi berpusatkan persekitaran-       Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran-       Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran
Model BiofizikalMenekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi. Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari factor persekitaran dan baka. Antara teknik –teknik yang boleh digunakan ialah:-       Kaunseling genetic-       Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung)-       Penjagaan selepas kelahiran-       Ujian perubatan-       Pemakanan dan diet-       Terapi Mega Vitamin-       Perubatan
Model Tingkah LakuMerupakan kaedah modifikasi iaitu pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkah-langkah pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi. Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang negative kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin.Berasaskan 3 elemen – ABCAntecedent ------ Behavior -------Consequence

STRATEGI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pelupusan dan peningkatan tingkah laku

Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;

ganjaran (reinforcers)
Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu;
i. ganjaran primer – makanan, minuman dll
ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll
iii. ganjaran sekunder – token, kupon, mainan, bintang dll

dendaan (punishment)
- tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak

pengasingan (isolation)
- mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih
- asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya

pembentukan (shaping)
- pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh
murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki.

prompting
- digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai
tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang
dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal.

fading (pelunturan)
- mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan

modeling
- menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati
untuk diteladani oleh murid

kejelakan (satiation)
- membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu
melakukannya dan berhenti sendiri
- “Over Correction” adalah satu teknik kejelakan.
desensitization
- tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa
gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas,
fobia)

bimbingan dan kaunseling
- pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid
menghadapi atau menangani masalah tingkah laku

terapi muzik/seni
- menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety,
dan melepaskan perasaan yang tertekan

penamatan/pelupusan (extinction)
- memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan
tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan
dengan tingkah laku baru yang positif

pengasingan (time-out, suspension)
- menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik
khas)
- mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan

kontrak perjanjian (contigency contracting)
- persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara
lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara
atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan
tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang
akan berlaku.


Isu, polisi, dan etika dalam pengurusan program pendidkan khas


Dalam melaksanakan program pengrusan tingkah laku, terdapat
banyak isu yang mungkin timbul. Di antara isu yang

Sulit (confidential)
Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit

“Zero reject” (education for all)
Semua murid behak endapat pendidikan yang sesuai secara prcuma

Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation)
Setiap murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang budaya dan bahasa sebelum diditempatkan dalam program pendidikan khas
Rancangan Pendidikan Individu (Individualized Educational Plan)
Setiap murid yang berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan secara individu yang mencatatkan pencapaiain semasa, matlamat, perkhidmatan khusus, prosedur, dan hasil (out-come)
Persekitaran yang kurang terhad (least restricted environment)
Seboleh-bolehnya murid perlu diberikan pendidikan dalam kelas yang paling tidak terhad
Due process
Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama –sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa
Penglibatan dan persetujuan ibu bapa
Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya.

Penglibatan ibu bapa dalam program pengurusan tingkah laku
Peranan ibu bapa
- Ibu bapa boleh terlibat dalam pengesanan, pengujian (assessment), membina program,
mengajar, dan penilaian (evaluation)( e.g. keberkesanan program)
- harapan ibu bapa dan juga harapan profesional

Bentuk penglibatan
- mengenal pasti dan merujuk
- diberitahu dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk membina program
- temu duga sejarah hidup murid
- pengujian secara formal
- memerhati dan membuat carta/rekod
- melibatkan murid dalam pengujian (asssessment)

Perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa (conferencing)
- persediaan untuk perjumpaan
- cara komunikasi
- melapor keputusan
- membentuk matlamat (goals) program
- kelulusan untk penempatan

Due process
Dalam due proses hak dan tanggungjawab ibu bapa diperjelaskan

Memantau pelaksanaan programMerupakan proses yang berterusan

Kerjasama ibu bapa
Kerjasama ibu bapa dengan profesional dapat menjamin kejayaan
program

Pendidikan ibu bapa
- Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidkan khas, keperluan
anak
- Latihan cara berkomunikasi, terapi , kaunseling, perundangan
- membina rangkaian (net working) – kelab sokongan ibu bapa

Guru mengarah murid
“Pandang cikgu”
Murid B membaling buku kepada murid A

Murid memandang guru
Guru menegur murid tersebut

Guru memujinya
Guru memberi gula-gula sebagai ganjaran


Model lain yang seakan-akan sama seperti di atas adalah Model A-B-C

Antrecedent -------- Behaviour ---------- Consequences

A ----- peristiwa sebelum

B ----- Tingkah laku yang ditunjukkan (response)

C ----- Akibat/kesan

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.

Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.

Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku;

memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan
membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut
menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour)
mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat
memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai
menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment)
menjalankan program
melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation)
tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai)
memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan

Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu;

Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?
Bila tingkah laku itu berlaku?
Kekerapan tingkah itu berlaku.
Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?
Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...