Sunday 30 September 2012

BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN KHAS


Pengurusan Dokumen
1.         Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,
2.         Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,
3.         Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini,
4.         Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,
5.         Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain,

Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.         Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,
2.         Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),
3.         Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya,
3.         Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,
4.         Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,
5.         Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,
6.         Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki peperiksaan awam,
7.         Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan,
8.         Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,



Pengurusan Data
1.         Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.

Pengurusan Kewangan
1.         Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

Pengurusan Kelas
1.         Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,
2.         Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,
3.         Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta tersebut,
4.         Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,
5.         Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.         Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,
2.         Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...