Friday 28 June 2013

GUNUNG KINABALU


akhirnya aku berjaya jugak menjejakkan kaki ke kawasan Gunung Kinabalu..bagi aku Gunung Kinabalu mempunyai nilai estetika yang amat mendalam..tahu sebab apa..sebab keindahannya yang begitu gah..menunjukkan kekuasaan Tuhan Yang Esa bahawa dialah pencipta yang terbaik..

jam 5 pagi disana terasa seperti jam 7 disemenanjung..walaupun aku menempuh perjalanan yang jauh ke Tawau selama 10jam..bila teringatkan Gunung kinabal aku terasa segala penat aku hilang..almaklumlah bagi orang Sabah..Gunung Kinabalu lah yang menyebabkan mereka amat mencintai tanah air mereka..

bagi aku yang separuh Sabah separuh semenanjung ni lagilah menggelodakkan..tak gitu..jom kita lihat pemandangan di Gunung Kinabalu sekitar jam 5 pagi



woww...cantikkan Gunung Kinabalu..maaflah camera tak berapa nak cantik sebab tengah kabus masa ni..



aku dikaki Gunung Kinabalu




bersama keluarga aku..set baju belang uollzz..hahah


Tuesday 7 May 2013

JIKA ILMU SENIPIS KULIT BAWANG USAH MEMEPERSOALKAN

PRU 13 baru sahaja berlangsung..tapi kita tak mahu cerita pasal keputusan PRU13..kita mahu menceritakan mengenai ragam manusia ketika PRU13..

cuba kita lihat ramai dalam kalangan sahabat kita..teman kita yang tidak tahu apa-apa tetapi masa PRU merekalah yang menjadi pakar penganalisis ekonomi..politik..tokoh dan sebagainya..adakah ilmu mereka sudah separuh abad untuk menganalisis..jika menganalisi kedua-dua belah pihak tidak mengapa..tetapi mereka menceritakan parti yang mereka sokong..hanya nampak kebaikan parti tersebut tanpa nampak keburukan parti tersebut..sebagai seorang golongan yang profesional kita seharusnya mengadili kedua-dua belah pihak dengan adil..jangan berat sebelah..

seterusnya mewujudkan cerita yabg tidak wujud..tidak benar dan sahih..tidak kira dari mana-mana pihak semua sama..cuba memanipulasikan keadaan..ini adalah tidak wajar..sama sahaja..dari parti pencadang dan pembangkang..kedua-duanya sama..menyalahgunakan teknologi terkini untuk menjatuhkan antara satu sama lain walaupun berdiri diatas tanah yang sama bernama negara Malaysia..

jika anda ingin mengikut mana-mana parti itu hak masing-masing tidak perlu untuk mencemarkan nama parti lain dengan ilmu anda yang hanya senipis kulit bawang..rujuk semua tokoh..rujuk Dr. M..Tan Sri Musa Hitam..Tuan Guru Nik Aziz..rujuk dan menanyakan soalan biar jelas dan terang..

Monday 29 April 2013

CELEBRATION FOR MY EARLY BIRTHDAY WITH 3 HOT GURLZ

tahun ini aku punya sambutan hari lahir agak sederhana tetapi penuh dengan kegembiraan..sebab aku sambut dengan 3 orang kawan baik aku yang paling sporting dan cool..aku sayang korang sangat..hahah..paling penting kami memamng menggila sungguh sebelum aku ke destinasi yang seterusnya..

paling penting terima kasih kepada kakak kesayangan aku telah memenuhi hajat aku tahun ini nak dapat teddy bear..wowww..memang dapat dan dia merealisasikan hajat aku..itu paling terharu..malas nak cakap jom kita lihat sendiri melalui gambar-gambar yang ada..








with teacy..winny n my sis cornelia menggila dalam kereta sebelum diorang bawa aku ke tempat nak lepak





gambar dulu sebelum makan kek 2 with 3 hott gurlzz


masa buat hajat..biasalah kan kena ada hajat sikit..nak tau hajat aku..xpayah lah..haha



jom gambar ramai2 dengan kami...hahaha..buat muka cute konon

inilah my sis cornelia..thanks 4 the teddy bear..hahah

ini pula..winnie the pooh..comelkan..jom2 sape berminat..

p/s:walaupun kami berempat tapi sambutan macam 40 orang kat kedai 2..kecoh gilerr..hahaha..next time sape pnye bithday lak kan..kita kasi gegar lern tempat plopp..


GENAP 21 TAHUN

yeayyy..genap 21 tahun sudah usia aku pada tanggal 26 April 2013 tahun ini..terima kasih kepada kedua orang tua aku kerana sudah melahirkan aku..membesarkan aku..seta memberi aku dengan penuh kasih sayang yang aku perlukan..

sepanjang 21 tahun ini banyak telah mereka korbankan segala-galanya untuk aku..agar aku menjadi insan yang baik akhlak nya..tetapi harapan mereka sukar sekali untuk aku penuhinya..orang minta maaf sangat-sangat kerana telah mengecewakan mama dan ayah..tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi seperti yang mereka cita-citakan..

terima kasih juga kepada sang pencipta kerana memberi izin aku untuk terus hidup di muka bumi mu ini..aku akan cuba untuk belajar menjadi umatmu yang soleh seta mengikut segala ajaranmu..

Tuesday 23 April 2013

BUKAKAN PINTU HATIKU



ku rasa tahun ini dan bulan ini genap 6 tahun hidup aku tanpa kehadiran insan yang bernama WANITA dalam hidup aku..kekecewaan yang aku pendam selama ini menyebabkan pintu hatiku tertutup selama-lamanya mungkin..bukan tidak berusaha tetapi sudah penat..WANITA yang aku selalu dambakan WANITA yang lebih baik dari aku..orang selalu cakap LELAKI yang baik untuk WANITA yang baik..


aku tak rasa aku cukup baik untuk mana-mana WANITA..peristiwa 6 tahun lepas membuat aku merana apabila mendambakan kesetiaan daripada insan yang tidak akan pernah pulang kepadaku..selepas dua bulan perpisahan dia sudah berjaya mencari teman hatinya..dan aku terus sahaja keseorangan...hari demi hari..bulan demi bulan..sudah enam tahun rupanya..

sejak peristiwa itu hati aku menjadi keras untuk mencari cinta..apabila sudah berkenan..orang selalu ingatkan aku LELAKI yang baik untuk WANITA yang baik..lalu aku membatalkan niat aku untuk meluahkan isi hati aku..adakah salah jika WANITA tersebut baik dan membimbing LELAKI tersebut..adakah salah..ini semua hukum manusia..manusia hanya tahu menghukum dan menilai..sehingga hukuman mereka itu menyebabkan kehidupan kita musnah..hancur..remuk..


mungkin orang nampak aku bahagia bersama-sama sahabat..teman..kawan..tetapi hati ini siapa yang tahu..hati ini menahan segala kesunyian dan mengharapkan kekasih hati agar kunjung tiba..sebab kesunyian inilah aku megharapkan kegembiraan dari rakan-rakan aku..tanpa mengira batas LELAKI dan WANITA..WANITA aku sudah anggap seperti pasangan mahram aku..aku yang bersalah..aku cuma berharap suatu hari nanti pintu hatiku akan dibuka oleh seorang insan yang bernama WANITA

Saturday 20 April 2013

JANJIKU

sudah menjadi janji aku tidak akan meninggalkan orang yang paling aku sayang..walaupun kami terpaksa terpisah..janji aku akan aku tunaikan..walaupun tiada jodoh kami..kami akan masih bersama untuk berkawan..semalam aku luangkan masa tiga jam bersama DIA..lama tidak jumpa..akhirnya dia menceritakan masalah hubungan barunya pada aku..sebagai pendengar yang baik..sebagai pendorong DIA..aku kuatkan diri untuk berjumpa DIA walaupun pada hakikatnya aku masih menyayangi DIA seorang..

melihat dia menangis sungguh ku tidak tegar..melainkan hanya pinta dia untuk menenangkan diri..tahun ini dan bulan ini genap juga kami berpisah..tiada yang lain pengganti dirinya..hati sudah tidak terbuka untuk mana-mana insan melainkan ibu bapa ku dan tuhan ku..sebagai orang yang pernah aku sayangi..bahu inilah tempat dia menitiskan air matanya..aku pinjamkan buat seketika kerana DIA amat memerlukan aku..

aku cuma berharap selepas berjumpa DIA kembali senyum dan ceria..kerana senyumannya amat menawan..jelingannya yang menggoda..tawanya yang menghiburkan..AWAK jangan sedih lama-lama OK..nanti kita pergi makan angin sama-sama ya..

Saturday 13 April 2013

TUTORIOL BLOG..fening mak..



sekarang ni aku nak renovate blog aku..tapi aku pening dah la nan sume tutorial nie..stress aku..nak update blog jadi lain sikit lain yang jadi..pening lah..

tapi apakan daya..hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..cuba jer lah untuk memuaskan hati follower yang xberapa nak ramai ni kan..

cayokkk...

Wednesday 10 April 2013

WAJ 3106 Bagaimana Cara Mengekalkan Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia


Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan Rukun Negara. Selepas peristiwa tersebut bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul Razak Perdana Menteri yang kedua ketika itu telah memperkenalkan Rukun Negara. Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke tahap hari ini.  Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara tersebut. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Cuba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik Rukun Negara tersebut.


Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.
Setiap penganut  agama sewajarnya menjadikan  agama masing-masing sebagai asas membina  keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah  ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh  atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang  seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang  bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).
Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.
Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu  menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini  mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan  personaliti individu  yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama  dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal  diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.
Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang  bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan  adalah bertujuan  mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.
Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.

Cara yang kedua, menghormati Perlembagaan Negara. Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang dirangkumi oleh prinsip ketiga ini adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.
Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.
Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau Keluhuran Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan Negara Malaysia ini.
Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa mengetahui langsung asal-usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung, menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia, tidak kira bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya.
Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai perpaduan kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-belahkan kita.
Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.

Cara yang ketiga jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia adalah Negara yang berdaulat dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Jadi sebagai masyarakat yang harmoni, tidak salah jika menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali kita membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum. Sebagai contoh, masayarakat India tidak suka dipanggil keling ataupun paria. Perkara tersebut akan membangkitkan kemarahan mereka. Paria merujuk kepada kasta terbawah dalam masyarakat India.
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.
Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).
Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan melakukan sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik antara kaum, mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).
Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.
Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum  1969.
Semasa kempen tersebut, parti-parti politik pembangkang yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Melayu. Insiden ini disusuli dengan perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan GERAKAN) yang memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga Parti Perikatan. Orang-orang Melayu pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Bukan itu sahaja, parti tersebut membangkitkan kemarahan orang melayu dengan membawa penyau sebagai lambang untuk mengusir orang melayu keluar dari Tanah Melayu. Bagi orang melayu penyapu merupakan tanda sial bagi mereka. Jadi perkara ini juga mendorong menaikkan kemarahan orang melayu ketika itu.

Cara yang keempat, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.

Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1 Malaysia ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya, kepercayaan dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mengekalkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti PLKN dilakukan secara berkumpulan dan segala aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara semua peserta. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul mesra. Mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan ini, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan disamping mengekalkan keharmonian negara.

REFLEKSI.
Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”. Jika slogan tersebut dibaca dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai pembuka bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.
Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.
Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SK, SJK (C), dan SJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.
Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi negara!






















1. Buku Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (Hingga 10 hb. Mei 1999) oleh Internatinal Law Book Services 1999.

2. Nota Rukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.

3. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.

4. Nota Rujukan, Kursus Induksi Untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia, INTAN, Kuala Lumpur, 1991.

5. Dr. Mohd. Rais Abdul Karim, Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Percetakan Nasional (M) Bhd., Kuala Lumpur , 1991.

6. Lembaga Pendidikan Undang-Undang Perintah- Peintah Am & Arahan Pentadbiran, International Law Books Services, Kuala Lumpur, 1993.



7. Penasihat Undang-Undang, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, MDC Penerbit Pencetak Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1995.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...