Sunday 31 March 2013

JADI DIRI SENDIRI



hahaha..entry kali ini aku nak cerita pasal pengalaman masa cuti..aku suka pakai seluar pendek tapi banyak bulu kaki..aku xsegan pown buat ape nak segan..aku yang pakai kan..sampailah kawan aku ni tegur..tak sangka pulak dia mengidam nk pakai seluar pendek..hahaha..situasinya begini..

si A: kue u xsegan ke pakai seluar pendek..i xberanilah sebab i ada bulu kaki..
aku : lah pakai jer lah..nak malu ape jadahnya..
si A : nanti orang maki macam mana..
aku : yang pakai kau ke dia..itu namanya engkau tak jumpa diri kau lagi..kau masih dalam ketakutan dan hidup dalam bayang kau (nada menyampah)
si A : i tanya saja..janganlah marah..
aku : mna marah geram je bila ada orang hipokrit ni..nak cover baik tapi hati macam gampang tak guna jugakkan..
si A : betul gak kue..sorry soalan bodoh i tadi..
aku : lagi satu kalau diorang cakap jugak..kau balas macam ni "orang yang ada bulu kaki sah2 subur..kau yang xde bulu kaki..kaki licin cam pompuan..kau nie laki ke pompuan" cakap cam 2 ok..

wahai rakyat jelata sekalian jadilah diri sendiri..kau nak herankan pendapat orang lain kenapa..kita cara kita..buat apa kita tiru cara orang tapi kita tak selesa..lain orang lain pemikirannya..lain orang lain cara pembesarannya..lain orang lain cara makannya..sume benda tak sama..sebab manusia sudah tercipta berbeza-beza..

yang kau nak ubah perangai orang tetapi perangai kau sendiri tak baik tak gunakan..kau xrasa ke kau macam menghina diri sendiri kalau kau kutuk orang lain..kalau nak cakap rasa puas kutuk orang..mana kepuasannya..puas sebab dapat carut orang..bodoh namanya..

cermin diri sendir..kau rasa kau selesa dengan cara kau..teruskan abaikan apa orang cakap..kita nie manusia jauh mana kita pergi..jauh mana kita sesat..bila hati kita sudah terbuka..sudah nampak cahaya itu..pasti kita dapat mencari kebenaran siapa diri kita..orang lain yang memperlekehkan kita semua hamba..bukan pemerintah..pemerintah yang yang ESA..dia yang akan menilai..hamba tidak berhak menilai atau memaki hamba..sebab taraf kita sama..

terlalu mengharap..




adakah kita terlalu mengharap..mengharap pada kasih yang tidak kunjung tiba..seperti bertepuk sebelah tangan bukan begitu..sakit sangat hatikan bila terlalu mengharap..sebab kita mengharap satu hubungan yang akan sempurna dengan kehadiran orang yang akan menyempurnakan hidup kita..

salah ke kita mengharap hubungan sebegitu..tidak salah sebenarnya sebab kita cuba menjadi seorang yang setia pada cinta..taat pada cinta..tapi apakan daya bila terlalu mengharp pada sesuatu yang tidak pasti..hati kita pasti akan sakit..sakit bagai dihiris sembilu..ataupun remuk seperti dilanggar..

apakan daya kita hanya mampu merancang tetapi kuasa tuhan yang menentukan..kita hanya mampu merancang..tetapi tugas sang pencipta yang tetapkan sama ada sesuai atau tidak..tetapi kadang-kadang kita terlalu bodoh..kita sahaja yang nampak dia sempurna..tetapi pada orang lain dia hanya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan..

adakah kita mahu terus mengharap atau berhenti berharap..jawab sendiri..sebab jawapan itu pada kita sendiri..

RINDU




rasanya hampir dua minggu sudah aku tidak melihat wajahnya..senyumnya dan tawanya..rindu aku padanya makin menjadi-jadi..mungkinkah hanya kerna dia insan yang paling aku sayangi..aku mula khuatir jika tidak menerima sebarang perkhabaran daripadanya..

awak janganlah buat saya risau..saya tahu awak pandai jaga diri..sebagai orang yang mengambil berat pasal awak..adakah mustahil bagi saya tidak merisaui awak..awak tidak boleh halang saya dari merisaui awak..sebab awak sebahagian daripada hidup saya..hanya awak dan awak..

saya nak awak selamat dan sentiasa dalam keadaan yang selamat..

Wednesday 27 March 2013

bukan seorang sahaja..tetapi ada lagi



apa yer pasal entry kali ini..hahah..sah2 la pasal kawan aku juga..awak..awak jangan sedih-sedih..kawan baik hatinya tidak akan berubah walaupun musim sentiasa berubah..ingat kata-kata saya ini awak..dia yang pergi itu bukanlah sahabat sejati awak..tetapi sahabat sejati awak itu ada disekitar awak sahaja..tapi awak yang tidak perasan..

awak tidak perasan sebab awak terlalu mengharapkan dia..kenapa dia..sebab awak rasa awak satu kepala dengan dia hati awak pula sudah serasi bersama dia..bila dia sudah angkat kaki meninggalkan awak..maka dia bukan sahabat sejati sejak awak mengenali dia dari dulu lagi..

awak kena kuat dan tabah..kuatkan semangat awak..kawan hilang pasti ada penggantinya..kalau awak tidak kuat cari saya..sebab saya akan sentiasa ada untuk awak..seperti janji kita dulu..awak ingat tak..kalau awak ingat pasti awak akan cari saya..

kesian pada DIA




siapa DIA itu aku tidak mahu nyatakan..tetapi aku mahu lahirkan rasa simpati aku pada dirinya..ingatlah tidak semua teman istimewa itu akan selama-lamanya menjaga keistimewaan tersebut..tidak semua perkara itu boleh dikongsikan walaupun sebenarnya kita sudah berjanji tiada rahsia dalam perhubungankan..

tapi ingatlah berkongsi rahsia itu bersamanya akan membuat diri engkau disakiti dan dipijak..aku tidak amhu kau terluka..tetapi engkau harus ingat..engkau sahabat aku maka aku juga akan merasai kesakitannya jika engkau disakiti..

tetapi sekarang engkau mengalami kesedihan bukan..sebab aku baca apa yang kau tulis melalui laman sosial kau aku sudah tahu perasaan engkau..engkau harus tabah..tidak semua orang akan menjaga aib kita..bila sudah benci aib kita dicanangnya..aku juga pernah merasainya dan orang lain juga pernah merasainya

ANGIN SYURGA menemani aku

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

c/o
sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku... tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi

BETTER SENDIRIAN

entry kali ini bercampur pulak..sebab orang selalu tanya "tengku u xde GF ke" sah2 la aku cakap xde..seban aku masih tidak sedia untuk memahami perasaan orang yang aku cintai..kerana aku khatiri aku akan menyakiti hatinya secara sengaja atau tidak..

jadi lebih baik aku sendirian hadapi hidup ini bersama-sama sahabat yang mampu mengukiri senyuman buatku..membuat ku ketawa..membuat ku menangis..aku lebih rela bersama sahabat ku..bukan kerana pintu hatiku tertutup selama-lamaya buat insan bernama WANITA tetapi aku tidak bersedia..

sama ada orang percaya atau tidak..aku peduli apa..yang tahu apa yang terjadi hanya diri ini dan insan2 yang rapat bersama ku sahaja

Saturday 23 March 2013

KEAIBAN

memang manusia sekarang tidak pernah puas hati dengan orang lainkan..cemburu dengan kehidupan orang lain..cemburu dengan cara hidup orang lain..cemburu segala-galanya sehingga mahu menjatuhkan orang lain dengan menceritakan keaiban orang lain kepada orang lain..

manusia sebegini rupa sepatutnya sedar diri sikit..setiap orang lain kelebihannya..lain juga kekurangannya..aku pun ada kekurangan sendiri..tetapi kelemahan tersebut aku sorokkan supaya tidak ketara..kenapa perlu buka aib orang..kau tak tahu ke berdosanya berlipat kali ganda bila kita menceritakan dosa orang atau buka aib orang dari dosa orang yang melakukan kesalahan tersebut..

owhh lupa pula..orang yang rajin buka aib ni..dosa sendiri tak pernah sedar..yang mereka nampak hanya dosa orang lain..so no wonder lah kan kalu mereka rajin menjaja cerita orang sana sini..sekali lagi memang sedihlah jumpa insan macam kau..

Monday 18 March 2013

MENYEDIHKAN

ayooo..serius aku sedih la nan kau nokk..OMG..dasar lupa daratan..ibarat kacang melupakan kulit dan sewaktu dengannya..bila kau sayang aku kau cegah aku kawan dengan semua kawan aku..kau kata kawan aku pelacur..ayoo..siapakah kau nak kata begitu..cermin diri 2 dulu bau nak cakap orang cm 2 lah..

nie bila kau dah benci kau burukkan aku plak..so sad with u bitch..sedar diri la sikit sayang oii..bukak mata luas2..kau fikirlah kau nak burukkan siapa..kau nk burukkan aku..aku diam jer..biar orang lain yang laksanakan tugasan untuk bagi kau kne tempias 2..

bila kau benci aku kau kata aku xsuka kawan2 aku..siapa yang xsuka siapa..kau tergugat erk..aku kawan nan budak yang pernah kau sayang..tapi orang yang kau sayang 2 menaruh perasaan kat aku kan..kau sedeyh la nokk..ko masih xberpijak d bumi yang nyata..tolonglah siapa kenal aku dorang tau aku cam ner..aku xmacam kau suka burukkan orang belakang2..kalau xpuas aty kita setel depan2 k..

jangan jadi bayang jer..sebab 2 lah aku tak suka kau..kau nak tahu kenapa kau hina kawan aku..kau cakap bukan2 pasal kawan aku..kau tuduh kawan aku macam2..tapi kau xsedar siapa diri kau kan..2 lagi sedeyh..dah la henti2 kan erkk nak buruk aku..t bila aku dah start MELAHAR tak senang kau dok kat KL 2..t jadi cacing kepanasan plopp...taubat k

PBS paling bosan

serius PBS kali ke3 buat kali pertamanya aku merasakan bosan yang teramat..sangat bosan..gila bosan..itulah luahan hati aku pada hari pertama untuk PBS kali ke3..

mungkin sebab sekolah cina kot..so suasana amat sunyi dan tidak membingitkan..bayangkan seperti rumah mayat..tiada kedengaran bunyi tapak kaki..bunyi orang tarik kerusi dan meja..bunyi murid-murid berkejaran..murid-murid ketawa..semuanya tidak kedengaran..suasana yang sunyi buatkan aku lemah..

bagi aku bunyi kanak-kanak itu satu tenaga buat aku..tetapi bila suasana senyap begini buat aku keluh resah..tolonglah buat bising...aku lemah tanpa bunyi riuh kanak-kanak..kalau macam ini serius aku xnak la PBS kat sekolah cina lagi..hahah..kalau PBS dah tak tahan macam manalah kalu praktikal atau penempatan disekolah cina nanti..mahu mati rasanya..berharap hari esok akan lebih baik..

Thursday 14 March 2013

Bukan Mudah Tau

kenapa tak mudah..mudah memang mudah..susah nya plua sangatlah susah..nak tahu kenapa..dalam banyak jawatan guru..jawatan guru Pendidikan Khas paling susah..nak tahu kenapa..

tiada kesabaran..singkir
tiada kasih sayang..singkir
tiada keprihatinan..singkir

banyak lagi..seorang guru Pendidikan Khas perlu bersifat keibuan tidak kiralah guru lelaki sekali pun..kanak-kanak ini hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang kita..itu sahaja yang mereka mahu..mereka tak nak pun duit kita..sebab mereka pun ada elaun Pendidikan Khas..

seorang guru Pendidikan Khas perlu berlapang dada..hati yang lembut..bukannya singa kelaparan..bagi aku mereka ini terlalu istimewa dan sukar dicari..insyallah kalau anak aku kanak-kanak berkeperluan khas..aku jaga anak orang baik..anak aku juga orang akan layan dengan baik..

hargai mereka..pasti mereka akan memudahkan kerja mereka..tak adalah sampai cikgu kene kejar murid keliling bangunan sekolah..main-main cari pelajar sembunyi dekat mana kan..ikhlaskan hati kita menerima mereka dalam kehidupan kita..jangan takut..jangan jijik dengan mereka..

tanggungjawab kita untuk ubah semua itu..kepada busuk menjadi wangi..kepada lemah menjadi kuat..semua itu tanggungjawab kita sebagai guru Pendidikan Khas..

SJKC NAM HWA Tanjung Piandang

bagi aku semester ini kami tidak lepas dari sebarang program..seterusnya lawatan penanda aras ke SJKC Nam Hwa Tanjung Piandang..tujuannya untuk kami melihat sendiri sejauh mana pengurusan Pendidikan Khas di SJKC sama ada meriah atau tidak seperti SK..

ternyata SJKC mendapat tentangan kuat dalam melaksanakan program Pendidikan Khas..ini kerana banyak ibu bapa sukar untuk menerima hakikat bahawa anak-anak mereka perlu memasuki program ini..terutama sekali dari keluarga Cina..

tugas guru pendidikan khas mungkin nampak mudah..tapi tiada siapa pernah laluinya..mungkin jumpah pelajarnya paling banya 7 orang..hendak jaga mereka seperti menjaga 70 orang..bayangkan sendiri kesukaran yang guru pendidikan khas alami..

saya bawakan khas memori lawatan kami di SJKC Nam Hwa kepada anda semua

rombongan cek kiah dah sampai sekolah dah..





saya dan kawan-kawan beri perhatian sepenuhnya terhadap pelajar ini dalam tempoh masa yang terdekat






cikgu nella bersama pelajar gangnam style



memori kami di SJKC Nam Hwa

SOUL GARDEN

hahahah..selepas balik sahaja dari program BINA INSAN GURU..aku bersama gadis-gadis pengiringku kami pergi makan steamboat..yerlah sebab minggu depan diorang nak balik kampung halaman masing-masing untuk cuti pertengahan semester..jadi kami habiskan masa bersama-sama sambil menggila..

jom lihat aksi gila kami..hahahah

jemput makan










sambil makan sambil menggila..jom..sambil menyelam minum air..hahahah






kami the giler2 fwen..having fun with themm




BINA INSAN GURU FASA 3

pada 26 mac lalu kami dari Unit Pendidikan Khas K16 telah menjalankan satu kem motivasi ada pelajar tahun 6 di SK Tapah..kebanyakan pelajar tersebut adalah anak orang asli..tapi apa yang cukup buat aku terharu adalah sambutan mereka terhadap kedatangan kami..kami merasakan mereka telah berkumpul lebih awal daripada kedatangan kami..kami disambut dengan banner yang mereka gunakan untuk menyambut kami. mungkin kami merupakan pasukan yang pertama melakukan lawatan secara besar-besran disekolah tersebut maka sambutan terhadap kami agak meriah..malas cakap banyak..tengok sahaja gambar yang saya sediakan
sesi bergambar bersama tahun 6 SK Tapah


warga unit K16 yng menjayakan





















wajah-wajah crew dan peserta program motivasi


taklimat sebentar dari PK1






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...