Wednesday, 22 April 2015

mudahkan CINTA itu ???


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.

” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

 Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.…

Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

KEPADAMU AKU BERSERAH..TERIMALAH TAUBATKU






Telah lama aku sunyi tanpa kata..mendiam tanpa berita..dah hampir nak bersawang laman ini aku tinggalkan..aku digagasi dan disibukkan dengan kerja2 dunia...dunia..? 

ya..kerja yang tidak akan habis sehingga roh terpisah dengan jasadnya, kerja yang membuat manusia lupa, alpha,khilaf,zalim, dan banyak lagi bencana kerana dunia..kerja dan urusan yang membuatkan aku telah khilaf pada tempat yang abadi selamanya..yang membuatkan aku mengabaikan tanggungjawab ukhrawi...kerja yang membuatkan aku jauh dari Pencipta.. 


Namun..aku syukur padamu yaAllah..kerana Kau telah sedarkan aku kembali akan kesilapan dan khilafku..aku sujud padamu ya Allah..aku mohon keampunan..aku mohon taubat padaMu ya Allah...aku mohon dikekalkan dan istiqamahlah aku dalam urusan kebaikan, dalam ibadatku, solatku, hatta perjuangan fisabilillah..semoga aku kuat untuk hadapi sebarang ujianMu ya Allah.. aku kerdil ya Allah..sangat kerdil d sisiMu..siapalah aku..hanya seorang hamba yang hina..



Aku tkot ya Allah..aku takot akan azabMu..azab nerakaMu ya Allah.. aku mohon kepadaMu ya Allah..peliharalah iman aku sehingga ke akhir hayatku..aku tkot terpesong di pertenghan jalan..peliharalah takwa aku sehingga akhir nyawaku..aku tkot tertewas dgan nafsu dan syaitan laknatullah di perjalan hidupku...peliharalah pancainderaku sehingga penghujung hidupku..aku tkot terkandas pada nikmat yang smentara..dan peliharalah diriku,sahabat2, dan seluruh umat yang mengimaniMU sepenuhnya daripada azab api nerakamu yaAllah... bertapa lemahnya hambaMu ini yaAllah..lemah dalam melawan hawa nafsu, dan menewaskan godaan syaitan..

walaupun aku thu benda itulah musuh manusia yang nyata..namu itu, ya Allah..aku mohon kekuatan kepadaMu ya Allah, berilah aku kudrat untuk aku mendidik nafsuku dengan nilai iman..kerana itulah makanan nafsu yang patut diberikan..kerana salah didikan lah, nafsu boleh mengawal manusia..nafsu menjadi tuan kepada manusia..aku mohon kekuatan daripadaMU ya Allah..berilah aku kudrat untuk lawan dan twaskan godaan dan sebarang permainan daripada syaitan laknatulllah.. berilah, kurniakanlah kepadaku yaAllah...kejayaan dunia dan akhirat..kebahagiaan dunia dan akhirat...namun yang paling utama dan penting bagiku adalah kebahagiaan akhirat..


aku tidak kisah akan kejayaan dan kebahgiaan dunia..kerana ia hanya sementara..terlalu sekejap perjalanan hidup d dunia ni..benda2 itulah yang akan menguji kita..biarlah takdir dan ketentuanMU yang menentukannya..apa yang paling penting adalah usaha..dan selebihnya adalah qada' dan qadarMu..kerana di dalamnya ada yang tersirat.. aku mohon juga padamu yaAllah...istiqamah dan thabatlah aku, sahabat2 perjuangku, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dan seluruh pencinta kepada islam supaya kami teguh dalam perjuangan buat selama-lamanya..semoga roh perjuangan nabi S.A.W yang diwarisi ini menjadi sedikit sumbangan dan asbab untuk menghadang diri kita daripada dicampakkan ke neraka Allah S.W.T....


nau'zubillahiminzalik...mintak2 sangat dijauhkan daripada kita smua...semoga sedikit pertolongan yang ikhlas kita untuk islam ini boleh dijadikan nilai untuk memberatkan pahala kita di mizan Allah suatu hari kelak.. namun itu ya Allah...aku mohon kekalkan lah hati2 kami ya Allah..aku tahu ya Allah..begitu banyak lagi liku dan duri yang terbentang di hadapan aku ini ya Allah..kerana itu aku memohon kepadaMu ya Allah..peliharalah diri aku sehingga ke akhir hayatku..


ya Khalid hu ya Rahmanu ya Rahim.. namun sekali lagi aku ingat dan tegaskn...bhawa pnulisan aku ini bukanlah untuk dibaca umum, bukanlah untuk mmbuka hati kepada sebarang pnyakit hati,riak,takabbur, dan sebagainya..ianya hanyalah sekadar luahan dari seorang hamba yang hina, kerdil dan tanpa apa2 kelebihan..ianya adalah sbagai penguat kepada penulis sndiri..tiada kaitan dengan mana2 pihak..andainya ada hamba Allah yang membacanya,jika ada yg baik ambillah sbagai pngjaran..andai ada sebarang kekurangan dan khilaf, jauhkan lah dan jadikanlah sbagai sempadan. 


ya Rab..aku tidak layak kesyurgaMu..namun aku memohon dijauhkan daripada azab api nerakaMU..seluruh dan sepanjang kehidupanku,dulu, kini dan selamanya,berkatilah dan rahmatilah setiap pekerjaan dan perbuatanku..kerana hanya itulah tiket untukku ke syurgaMu...Amin..ya rabba a'lamin... 


AKU SUNYI !!!!



terus terang aku katakan..hidup aku sangat sunyi..walaupun aku nampak gembira dan ceria pada luaran.. jauh disudut hati aku..AKU SUNYI !!!..hati aku sangat kosong..kalau dah berkaitan dengan hati..apa lagi lah kan..soal SAYANG..soal CINTA..urmm..tapi layakkah aku merasai semua itu..kadang-kadang aku merasakan aku terlalu kejam untuk bersama seseorang kerana aku khuatiri aku akan kerap menyakiti hati insan yang aku sayangi kelak..


memang boleh aku cakap "single is better" padahal dalam hati menagis tidak berlagu..aku pun tidak tahu insan seperti mana yang aku ingini untuk bersamaku..seperti insan biasa aku ingin bahagia..mencintai dan dicintai tiada duanya andai terlampau permintaanku ini maafkanlah kasih..mungkkin aku belum ditakdirkan lagi untuk merasai kebahagiaan itu..biarlah..ajal maut jodoh pertemuan ditangan Allah..Allah tahu yang lebih baik untuk aku..kerana semua itu sudah diaturkan olehNya

KEMBALI SEMULA



woww..rasanya lam sudah tidak muncul dekat blog sendiri..bersawang sudah..hahah..nak buat macam mana sibuk bebenor..tahun akhir kan katany uollzz..in sya allah akan cuba banyak masa untuk blog aku sendiri yer..jom kita tengok cerita apa yang aku nak kongsikan nan korang pada kali ini..plus rindu pulak dak ceritakan apa yang aku dah lalui sepanjang aku xupdate dekat blog nie..

Friday, 28 June 2013

GUNUNG KINABALU


akhirnya aku berjaya jugak menjejakkan kaki ke kawasan Gunung Kinabalu..bagi aku Gunung Kinabalu mempunyai nilai estetika yang amat mendalam..tahu sebab apa..sebab keindahannya yang begitu gah..menunjukkan kekuasaan Tuhan Yang Esa bahawa dialah pencipta yang terbaik..

jam 5 pagi disana terasa seperti jam 7 disemenanjung..walaupun aku menempuh perjalanan yang jauh ke Tawau selama 10jam..bila teringatkan Gunung kinabal aku terasa segala penat aku hilang..almaklumlah bagi orang Sabah..Gunung Kinabalu lah yang menyebabkan mereka amat mencintai tanah air mereka..

bagi aku yang separuh Sabah separuh semenanjung ni lagilah menggelodakkan..tak gitu..jom kita lihat pemandangan di Gunung Kinabalu sekitar jam 5 pagi



woww...cantikkan Gunung Kinabalu..maaflah camera tak berapa nak cantik sebab tengah kabus masa ni..



aku dikaki Gunung Kinabalu




bersama keluarga aku..set baju belang uollzz..hahah


Tuesday, 7 May 2013

JIKA ILMU SENIPIS KULIT BAWANG USAH MEMEPERSOALKAN

PRU 13 baru sahaja berlangsung..tapi kita tak mahu cerita pasal keputusan PRU13..kita mahu menceritakan mengenai ragam manusia ketika PRU13..

cuba kita lihat ramai dalam kalangan sahabat kita..teman kita yang tidak tahu apa-apa tetapi masa PRU merekalah yang menjadi pakar penganalisis ekonomi..politik..tokoh dan sebagainya..adakah ilmu mereka sudah separuh abad untuk menganalisis..jika menganalisi kedua-dua belah pihak tidak mengapa..tetapi mereka menceritakan parti yang mereka sokong..hanya nampak kebaikan parti tersebut tanpa nampak keburukan parti tersebut..sebagai seorang golongan yang profesional kita seharusnya mengadili kedua-dua belah pihak dengan adil..jangan berat sebelah..

seterusnya mewujudkan cerita yabg tidak wujud..tidak benar dan sahih..tidak kira dari mana-mana pihak semua sama..cuba memanipulasikan keadaan..ini adalah tidak wajar..sama sahaja..dari parti pencadang dan pembangkang..kedua-duanya sama..menyalahgunakan teknologi terkini untuk menjatuhkan antara satu sama lain walaupun berdiri diatas tanah yang sama bernama negara Malaysia..

jika anda ingin mengikut mana-mana parti itu hak masing-masing tidak perlu untuk mencemarkan nama parti lain dengan ilmu anda yang hanya senipis kulit bawang..rujuk semua tokoh..rujuk Dr. M..Tan Sri Musa Hitam..Tuan Guru Nik Aziz..rujuk dan menanyakan soalan biar jelas dan terang..

Monday, 29 April 2013

CELEBRATION FOR MY EARLY BIRTHDAY WITH 3 HOT GURLZ

tahun ini aku punya sambutan hari lahir agak sederhana tetapi penuh dengan kegembiraan..sebab aku sambut dengan 3 orang kawan baik aku yang paling sporting dan cool..aku sayang korang sangat..hahah..paling penting kami memamng menggila sungguh sebelum aku ke destinasi yang seterusnya..

paling penting terima kasih kepada kakak kesayangan aku telah memenuhi hajat aku tahun ini nak dapat teddy bear..wowww..memang dapat dan dia merealisasikan hajat aku..itu paling terharu..malas nak cakap jom kita lihat sendiri melalui gambar-gambar yang ada..








with teacy..winny n my sis cornelia menggila dalam kereta sebelum diorang bawa aku ke tempat nak lepak





gambar dulu sebelum makan kek 2 with 3 hott gurlzz


masa buat hajat..biasalah kan kena ada hajat sikit..nak tau hajat aku..xpayah lah..haha



jom gambar ramai2 dengan kami...hahaha..buat muka cute konon

inilah my sis cornelia..thanks 4 the teddy bear..hahah

ini pula..winnie the pooh..comelkan..jom2 sape berminat..

p/s:walaupun kami berempat tapi sambutan macam 40 orang kat kedai 2..kecoh gilerr..hahaha..next time sape pnye bithday lak kan..kita kasi gegar lern tempat plopp..


GENAP 21 TAHUN

yeayyy..genap 21 tahun sudah usia aku pada tanggal 26 April 2013 tahun ini..terima kasih kepada kedua orang tua aku kerana sudah melahirkan aku..membesarkan aku..seta memberi aku dengan penuh kasih sayang yang aku perlukan..

sepanjang 21 tahun ini banyak telah mereka korbankan segala-galanya untuk aku..agar aku menjadi insan yang baik akhlak nya..tetapi harapan mereka sukar sekali untuk aku penuhinya..orang minta maaf sangat-sangat kerana telah mengecewakan mama dan ayah..tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi seperti yang mereka cita-citakan..

terima kasih juga kepada sang pencipta kerana memberi izin aku untuk terus hidup di muka bumi mu ini..aku akan cuba untuk belajar menjadi umatmu yang soleh seta mengikut segala ajaranmu..

Tuesday, 23 April 2013

BUKAKAN PINTU HATIKU



ku rasa tahun ini dan bulan ini genap 6 tahun hidup aku tanpa kehadiran insan yang bernama WANITA dalam hidup aku..kekecewaan yang aku pendam selama ini menyebabkan pintu hatiku tertutup selama-lamanya mungkin..bukan tidak berusaha tetapi sudah penat..WANITA yang aku selalu dambakan WANITA yang lebih baik dari aku..orang selalu cakap LELAKI yang baik untuk WANITA yang baik..


aku tak rasa aku cukup baik untuk mana-mana WANITA..peristiwa 6 tahun lepas membuat aku merana apabila mendambakan kesetiaan daripada insan yang tidak akan pernah pulang kepadaku..selepas dua bulan perpisahan dia sudah berjaya mencari teman hatinya..dan aku terus sahaja keseorangan...hari demi hari..bulan demi bulan..sudah enam tahun rupanya..

sejak peristiwa itu hati aku menjadi keras untuk mencari cinta..apabila sudah berkenan..orang selalu ingatkan aku LELAKI yang baik untuk WANITA yang baik..lalu aku membatalkan niat aku untuk meluahkan isi hati aku..adakah salah jika WANITA tersebut baik dan membimbing LELAKI tersebut..adakah salah..ini semua hukum manusia..manusia hanya tahu menghukum dan menilai..sehingga hukuman mereka itu menyebabkan kehidupan kita musnah..hancur..remuk..


mungkin orang nampak aku bahagia bersama-sama sahabat..teman..kawan..tetapi hati ini siapa yang tahu..hati ini menahan segala kesunyian dan mengharapkan kekasih hati agar kunjung tiba..sebab kesunyian inilah aku megharapkan kegembiraan dari rakan-rakan aku..tanpa mengira batas LELAKI dan WANITA..WANITA aku sudah anggap seperti pasangan mahram aku..aku yang bersalah..aku cuma berharap suatu hari nanti pintu hatiku akan dibuka oleh seorang insan yang bernama WANITA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...