Sunday, 18 March 2012

KENANGAN PBS YANG TERINDAH

berakhir sudah PBS aku. Kenangan yang tidak akan aku lupakan kenangan disana. Bersama anak-anak murid ku yang dipinjam hanya untuk tempoh seminggu membuatkan aku sedih. Ingin juga aku meneruskan kehidupan aku bersama anak-anak comel ini.

menjadi seorang guru rupanya bukan satu tanggungjawab yang mudah. kerana tidak semua murid kan menyayani kita dengan sikap kita. tapi alhamdulillah dengan sikap aku yang mesra bersama anak-anak ini membuatkan aku disenangi mereka. bukan sahaja pihak sekolah tetapi pekerja pembersihan juga amat menyenangi diriku yang mudah bergaul bersama mereka.

aku paparkan gambar bersama mereka yang menyenangi kunjungan aku ke sekolah tersebut

bersama murid tahun 1

bersama murid tahun 2

adek faiz memelukku saat aku mengucapkan selamat tinggal..waktu disekolah mula-mula aku masuk faiz selalu mengajak aku untuk makan bersamanya..jadi waktu rehat dia akan menarik aku untuk menemaninya makan..semasa faiz memelukku..faiz berkata..cikgu ajar faiz kat sekolah ini lah..jangan balik.baik nak belajar dengan cikgu..aku terdiam lalu melepaskan pelukan tersebut dan keluar dengan perasaan yang hiba..

mak cik pekerja pembersihan yang sentiasa membantu aku untuk sebarang kerja..mak cik yang aku peluk ini mula-mula beliau menyangka aku anaknya..kerena menurut beliau susuk tubuh kami sama..hahaha tak apa aku makbulkan permintaannya untuk bersama anaknya..aku menjadi anaknya selama seminggu

bersama PK KOKO, PK HEN dan PK 1..mereka banyak membantu dalam mendapatkan maklumat yang aku perlukan dalam tempoh PBS..guru besar tidak hadir kerana mengalami tekanan darah tinggi

bersama murid tahun 6..gudluck k tok UPSR anda semua..doa cikgu buat anda semua..
sayang anda semua terutama yang duduk sebelah cikgu itu..yang banyak ketawa..solehah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...