Thursday, 14 March 2013

SJKC NAM HWA Tanjung Piandang

bagi aku semester ini kami tidak lepas dari sebarang program..seterusnya lawatan penanda aras ke SJKC Nam Hwa Tanjung Piandang..tujuannya untuk kami melihat sendiri sejauh mana pengurusan Pendidikan Khas di SJKC sama ada meriah atau tidak seperti SK..

ternyata SJKC mendapat tentangan kuat dalam melaksanakan program Pendidikan Khas..ini kerana banyak ibu bapa sukar untuk menerima hakikat bahawa anak-anak mereka perlu memasuki program ini..terutama sekali dari keluarga Cina..

tugas guru pendidikan khas mungkin nampak mudah..tapi tiada siapa pernah laluinya..mungkin jumpah pelajarnya paling banya 7 orang..hendak jaga mereka seperti menjaga 70 orang..bayangkan sendiri kesukaran yang guru pendidikan khas alami..

saya bawakan khas memori lawatan kami di SJKC Nam Hwa kepada anda semua

rombongan cek kiah dah sampai sekolah dah..





saya dan kawan-kawan beri perhatian sepenuhnya terhadap pelajar ini dalam tempoh masa yang terdekat






cikgu nella bersama pelajar gangnam style



memori kami di SJKC Nam Hwa

SOUL GARDEN

hahahah..selepas balik sahaja dari program BINA INSAN GURU..aku bersama gadis-gadis pengiringku kami pergi makan steamboat..yerlah sebab minggu depan diorang nak balik kampung halaman masing-masing untuk cuti pertengahan semester..jadi kami habiskan masa bersama-sama sambil menggila..

jom lihat aksi gila kami..hahahah

jemput makan










sambil makan sambil menggila..jom..sambil menyelam minum air..hahahah






kami the giler2 fwen..having fun with themm




BINA INSAN GURU FASA 3

pada 26 mac lalu kami dari Unit Pendidikan Khas K16 telah menjalankan satu kem motivasi ada pelajar tahun 6 di SK Tapah..kebanyakan pelajar tersebut adalah anak orang asli..tapi apa yang cukup buat aku terharu adalah sambutan mereka terhadap kedatangan kami..kami merasakan mereka telah berkumpul lebih awal daripada kedatangan kami..kami disambut dengan banner yang mereka gunakan untuk menyambut kami. mungkin kami merupakan pasukan yang pertama melakukan lawatan secara besar-besran disekolah tersebut maka sambutan terhadap kami agak meriah..malas cakap banyak..tengok sahaja gambar yang saya sediakan
sesi bergambar bersama tahun 6 SK Tapah


warga unit K16 yng menjayakan





















wajah-wajah crew dan peserta program motivasi


taklimat sebentar dari PK1






Azam Tahun Ini

baiklah aku tak sempat cerita azam aku tahun ni kan..azam aku tahun ini aku nak habiskan banyak masa aku untuk keluarga aku terutama sekali ibu bapa aku..sebab cuti semester baru-baru ini mereka mengeluh yang aku asyik tak lekat dekat rumah..dah la balik jarang..cuti semester pula aku buat kerja sambilan lagilah diorang berangkan..

jadi aku ambil keputusan setiap kali aku balik rumah aku akan lebihkan masa untuk mereka kali ini..aku akan belajar untuk jadi anak yang baik buat mereka..mungkin dalam kalangan adik beradik aku..aku yang paling tak faham mak ayah aku kot..sebab aku dah biasa buat hal sendirikan..tapi walaubagaimanapun aku akan laksanakan azam baru aku ini..

TANGGUNGJAWAB SEORANG KETUA

Menjadi seorang ketua di sesebuah organisasi bukannya suatu tugas mudah. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul demi menjaga nama baik organisasi dan mencapai matlamat yang diinginkan. Seorang ketua juga terpaksa melayan pelbagai karenah orang bawahannya.

Mereka yang berada di bawah dalam struktur organisasi, kebiasaanya adalah mereka yang menjalankan dan menggerakkan organisasi berdasarkan arahan pentadbiran dan proses kerja yang dirancang oleh peringkat atasan. Masalah akan timbul, sekiranya arahan yang diberikan tidak jelas serta tidak sesuai dengan keadaan semasa organisasi, matlamat tidak tercapai dan organisasi menjadi kucar-kacir.

Disinilah kepekaan seorang ketua dalam memimpin organisasinya diperlukan. Seorang ketua yang baik perlu memahami keperluan dan kehendak serta karekter orang bawahannya dan pada masa yang sama mampu memimpin mereka agar dapat mencapai matlamat dan objektif organisasi.

Seorang ketua yang baik harus memahami setiap karekter orang bawahannya. Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Jika seorang ketua dapat memahami karekter setiap individu di bawahnya, ianya akan memudahkan pengurusan dan perancangan masa depan organisasi. 

Masalah timbul jika seorang ketua itu tidak memahami setiap orang dibawahnya. Memberikan kerja kepada individu yang salah. Keadaan lebih buruk lagi jika seorang ketua itu sekadar membuat andaian dan pertimbangan yang individu tersebut mampu melakukannya.Jika apa yang dimahukan oleh seorang ketua itu tidak seperti diharapkan, kesilapan dan kesalahan itu seharusnya tidak diletakkan kepada individu yang menjalankan arahan tersebut.

Ketua juga patut dipersalahkan kerana mengadaikan orang yang dipilih mampu menjalankan arahanya.Kekuatan dan kelemahan setiap individu perlu digunakan oleh seorang ketua dengan baik dan berkesan. Contohnya, jika A hanya mampu membuat kertas kerja dengan baik dan tidak mampu bercakap dihadapan khalayak yang ramai. Maka seorang ketua perlu memilih individu lain untuk membentangkan kertas kerja tersebut.

Ketua ibarat seorang jurulatih dalam pasukan bola. Setiap pemain mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada pemain yang tidak mampu untuk menjaringkan gol walaupun di hadapan pintu gol, tetapi mempunyai kekuatan fizikal dan mampu menahan asakan dengan baik. Pemain tersebut tidak boleh diletakkan di posisi menyerang, lebih sesuai untuknya bermain di bahagian pertahanan. Jurulatih yang baik harus memahami semua corak permainan kesemua pemainnya. Ini dapat membantu merangka strategi pasukan sebelum perlawanan. Sudah semestinya matlamat setiap pasukan ialah menjaringkan gol dan menang. Matlamat yang jelas.

Misi dan visi organisasi perlu jelas dan boleh dicapai agar semua ahli faham apa yang perlu mereka lakukan. Jika seorang ketua dapat memahami setiap karekter orang bawahanya, ianya mampu membawa organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.walaubagaimanapun ini semua hanyalah pendapat aku mengenai tanggungjawab aku semasa mengendalikan ahli kelas aku. tidak mudah dan tidak rumit. yang merumitkan apabila semua idea perlu didengar.

SEMESTER YANG AGAK SIBUK

Maaf kerana sekarang kurang buat bahan tatapan kepada semua..semester ini aku agak sibuk sedikit sebab biasalah bila kena jadi Ketua Unit yang nak kena jaga sembilan belas kepala..ditambah pula dengan masalah dalaman lagi manalah jadikan aku ni tidak sibuk..

tapi insyallah aku akan cuba untuk merajinkan diri update blog ini ok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...