Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"
ADAKAH SEMUA HIDUP INI TERLALU INDAH BAGI ANDA SEMUA..BAGI AKU..SEKALIPUN ITU MEMORI PAHIT MAHUPUN DUKA..IA TETAP MEMORI TERINDAH BUAT AKU.. KERANA TANPA MEMORI SUKA DAN DUKA..HIDUP AKU TIDAK AKAN SEINDAH SEKARANG..JADI MARI SAMA-SAMA KITA BERKONGSI MEMORI KITA
Friday, 3 June 2011
mandi lumpur
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.
"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"
Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".
Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"
"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

GADO GADO
urmmm sedap tau nie.....cam pecal kalu org semenanjung kata..
rser nyer smer koettt..
mybe kelainan nyer dari bhan nyer kowt.....
urmmm xsaba2 nk mkn gado-gado nie..
hahahaha
dok sabah nie akan menggemokkan aku jerp..
tp xksah la yg pntg aku blik aku shat jer kann...
hahahahaah
sper2 rjin nk tman aku mkan gado-gado ajak tau..
xpown msak kn tok aku..
hahhahaha

COTO
mesti korg plek kn dgar nmer mkanan nie kan COTO...kalu org Borneo maybe tau la kowt..
makanan yang bole d katakan menyelerakan jgak la...
bg yg xtau rser nyer cam kuah kacang tapi ader la plihannyer..
daging ker..
perut ker..
2 nie jer yg ader..
kalu nk pdas ley tambah sambal..
selalunyer dimakan dengan nasi ataupun buras(smer gak la cm nasi)
tapi as org semenanjung aku rser aku dpat pngalamn baru makan-makanan org sabah nie..
pengalaman yang menarik..
bgi sesiapa yang nak cber dtang la ker sabah...

Thursday, 2 June 2011
PERMATA HATIKU
Anggun matamu membuatku tertambat, iris matamu sungguh menawan
Delima hatiku siapa yang tahu, hanya kau di hatiku
Zahirnya engkau permata hatiku, batinmu tiada siapa tahu
Minatku terhadapmu, sungguh ku terpaut
Inilah permata hatiku yang ku sayangi
Namanya sungguh indah, umpama tuan empunya….
Asalnya dari negeri dibawah bayu…
Kecantikannya sememangnya ayu…
Tidak akan ku sia-siakannya kerna dia permata hati ku…
Marilah bersama-sama hidup untuk ku…
Hidupku hanya ntuk mu…
Jasadku hanya untuk mu…
Bermadah bukan untuk meyakinkan mu..
Tetapi untuk membuktikan cinta ku pada mu…
(nimdza)

SINDROM DOWN
Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.
SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
- Sakit jantung berlubang
- Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
- Kurang pendengaran
- Lambat/bermasalah bertutur
- Penglihatan kurang jelas
Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
- Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
- Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
- Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
- Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
- Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.
Membantu kanak-kanak SD bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:- Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
- Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
- Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
- Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
- Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
- Latihan berterusan.
- Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
- Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
- Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
- Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
- Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
- Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
- Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
- Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
- Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
- Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
- Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.
Cadangan kepada ibu bapa
Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.
Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat SD. Jadi ahli persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak.
Ciri fizikal kanak-kanak SD :
- Hidung kemek
- Lidah tebal dan kerap terjelir
- Tapak tangan lebar
- Tapak tangan ada hanya satu lipatan
- Jari kelengkeng tangan melengkung
- Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
- Leher pendek dan besar
- Kelopak mata berlipat-lipat
- Sendi longgar
- Otot lembik
Kepentingan permainan
Permainan penting membantu pembesaran setiap kanak-kanak.
Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.
- Permainan selidik dan jelajah
- tertarik kepada semua benda- mengutip dan membelek objek- menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.
- Permainan membina dan kognitif
misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna
- Permainan sosial
- ketawa apabila digeletek- bermain sembunyi-sembunyi
- Permainan khayalan
- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza- bermain masak-masak
- Permainan merangsang pergerakan otot
- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal
- Permainan bahasa
- meniru gaya cakap- menyanyi
Monday, 30 May 2011
masalah gagap
Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi samaada "m-m-m-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja". Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan /p/, /b/ atau konsonent plosive yang lain. Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut. Dalam bahasa Inggeris British iatilah stammering digunakan bagi merujuk kepada tersekat dan terhenti-henti pada sesuatu perkataan atau syllables sementara istilah stuttering digunakan bagi merujuk kepada pertuturan berulang seperti digambarkan di atas
Biasanya, gagap bermula awal sedikit sebelum remaja, dan kadang kala ia hilang selepas baligh. Bagaimanapun, jika ia berterusan sehingga usia matang, ia biasanya kekal selama-lamanya. Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah ini. Gagap boleh dirawat melalui terapi pertuturan, tetapi keputusannya berbeza-beza. Biasanya, masaalah boleh berkurangan, tetapi tidak terdapat cara objektif untuk mengukur keputusannya
Gagap kadang kala bertukar menjadi tersekat, ia itu, walau huruf atau syllable pertama menjadi mustahil untuk disebut, contoh. tersekat. Ini sering mendorong kepada sebutan mengarut menggantikanm perkataan tersebut; menyebabkan syllables tiada makna menggantikan perkataan itu; sering kali memaksa cubaan berulang kali bagi menyebut perkataan tersebut; dan dalam kes melampau boleh menyebabkan seseorang gagap berhenti cuba menyebut perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain sama sekali. Penjelasan biasa yang digunakan adalah ketika cuba mengelakkan gagap atau bimbangkan kegagapan ketika menyebut menyebabkan gagal menyebutnya sama sekali. Ini juga merupakan tindakan luar kawal walaupun permulaan gagap kepada tersekat boleh juga separa maksud partly intentional.
Terdapat juga kemungkinan komponen genetik kepada gagap, kerana ia boleh diwarisi; walaupun tiada gen khusus dijumpai masa kini.
SEBAB DAN MULA BERLAKU
Pada masa lalu, masalah ini sering dikatakan masalah (psychological), seperti kanak-kanak belajar bertutur dan merasa bimbang akibat gagal mencari perkataan yang khusus. Ini disebabkan mereka yang gagap kadang-kala mampu bertutur secara normal, terutama ketika berada dalam keadaan tenang. Ini menunjukkan ia bukannya disebabkan kecacatan fizikal.
Barangkali pandangan meluas masa kini adalah ia disebabkan oleh masalah penyelarasan neural dalam otak. Penyelidikan terkini menunjukkan gagap berkait dengan ganguan fiber antara kawasan pertuturan dengan kawasan perancang pertuturan kedua-duanya di kiri sereberal hemisphere otak. Gangguan ini boleh disebabkan kerosakan otak awal atau kaitan genetik.
Gagap kemungkinannya disebabkan oleh (psychogenic) (berasal dalam pemikiran), walaupun ia jarang berlaku. Ia berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah mental atau dalam keadaan tertekan.
Satu keadaan yang diketahui dengan jelas adalah is menjadi teruk dengan kebimbangan. Kebimbangan melampau juga boleh, walaupun jarang, menyebabkan ia timbul pada mereka yang tidak pernah gagap sebelum ini. Dikatakan, hanya cara untuk mengurangkan gagap adalah mengajar mereka bertenang. Ini dapat membenarkan mereka bertutur tanpa gagap sehingga sesuatu tekanan timbul. Pastinya tidak semua orang boleh diajar bertenang, dan bukan semua orang yang kelihatan bertenang akan menerima kebaikan yang jelas.
Mereka yang gagap mungkin menghadapai lebih kesulitan dengan mereka yang tidak dikenali, menyebabkan ia lebih sukar untuk membuat kawan baru, sebagai contoh. Nota pratikal bagi mereka yang tidak gagap: kebanyakan mereka yang gagap berharap masaalah itu diabaikan dalam situasi normal. Bagaimanapun, sekiranya gagap menyebabkan masaalah kepada pendengar, seseorang tidak perlu takut untuk berbincang mengenainya.

renung bersama
"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."
"Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal."
"Berlumba-lumbalah kamu mencari ilmu pengetahuan bererti kamu berlumba-lumba mencari kesenangan hidup dan berbahagia di hari muka."
"Orang tidak akan menyegani kamu kerana harta kamu sebaliknya orang menyenangi kamu kerana ilmu pengetahuan kamu itu."
"Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan."

ISTEMEWA
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
- Sekolah Khas
- Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
- Pemulihan Khas
- Program Disleksia
- Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
- Masalah Pembelajaran
- Masalah Pendengaran
- Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEJAYAAN ORANG-ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)