Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudara pengerusi majlis, salam penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-detiknya, dan salam penuh ukuwah buat warga dewan yang jauh dimata namun dekat dihati.BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM sebagai pembuka bicara. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA saya ucapkan.
PERDANA MENTERI MALAYSIA pernah berkata, kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi. Dan cara inilah sahaja kita dapat menjadikan bangsa kita ada keupayaan dan kemampuan untuk bersaing dan sama-sama bina Negara maju dan dimulakan oleh belia sebagai pewaris pentadbiran negara.
Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa modal insan satu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan Negara, pertumbuhan ekonomi, transformasi budaya dan peningkatan tamadun Negara.
Datang hamba, datang bermakna,
Berdiri hamba, penuh bergaya,
Bukan untuk membuang masa,
Berkongsi ilmu itulah tujuannya.
Bersama angin yang menderu, bersama nafas yang menghembus, bersama hujah yang kukuh , hayatilah
MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA
Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendifinisikan secara literal mahupun konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan .
Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-3
MODAL: wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga
INSAN: manusia
PEMACU: perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan yang lain
PEMBANGUNAN: perihal membangun, usaha atau kegiatan membangun
NEGARA: suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu yang diperintah oleh sebuah kerajaan .
Terang lagi bersuluh bahawa takrif secara konseptualnya adalah modal insan merupakan suatu harta yang dimiliki oleh manusia untuk mempertingkatkan nilai diri, manakala pemacu pembangunan Negara adalah alat untuk mencapai kemajuan
Jelaslah bahawa modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan Negara.
Rmk-9 telah meletakkan beberapa fasal yang harus direalisasikan dalam tempoh 2005-2010. Antara cabarannya ialah memperkasakan modal insan. Fasal ke-2 bab yang ke 11, menyatakan pembentukan modal insan amat perlu untuk menjamin kemajuan Negara pada tahun 2020.
Bagaimana untuk membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?
Pragmatic saya yang pertama ialah
PEMBANTUKAN KEPERIBADIAN
Modal insan tidak akan menjadi kenyataan jika peribadi seseorang itu tidak utuh. Kemunculan Negara industri pada tahun 2020 perlu diiringi dengan kemunculan masyarakat yang memiliki keperibadian tinggi selaras dengan keperluan Negara industri iaitu memiliki keyakinan diri, mampu bersaing, dinamis dan mempunyai sifat-sifat untuk mengejar kejayaan.
Cabaran wawasan 2020 yang ke-2 ialah
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa,
Dengan berpandukan kepada modal insan, masalah gejala sosial dan keruntahan akhlak dapat diatasi, dan, Malaysia akan menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.
Jelaslah pembentukan keperibadian yang unggul membawa kepada pembentukan modal insan dan seterusnya memacu pembangunan Negara.
Pragmatik yang kedua
Modal dapat dibentuk melalui ilmu pengetahuan. Ilmu pengtahuan melahirkan manusia yang unggul dan seimbang serta harmonis dalam pelbagai aspek.
Bajet 2007 memberi peruntukan besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan. Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, daripada peruntukan RM33.4 bilion RM12.9 billion dikhususkan kementerian pelajaran, manakala pengajian tinggi (RM10.4 bilion) dan selebihnya untuk program latihan.
Jika ilmu pengetahuan sudah mantap, sudah pasti ekonomi Negara akan mampan. Antara teras RMK-9 ialah Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
Tun Dr. Mahathir mohd pernah menyatakan bahawa, Malaysia harus maju, bukan hanya dari dimensi ekonomi, malah hendaklah menjadi satu bangsa yang sepenuhnya maju dalam dimensi dalam erti keadilan sosial, kestabilan poltik, sistem pemerintahan, mutu hidup, kebanggaan nasional dan keyakinan diri.
Jelaslah ilmu pengetahuan dapat memantapkan ekonomi, sosial, dan politik seterusnya memacu pembangunan Negara selaras dengan Wawasan 2020.
Pragmatic yang ke-3
Pembetukan modal insan yang berkemahiran tinggi.
Kemahiran amat penting dalam proses memajukan Negara. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis amat membantu memacu pembangunan Negara kepada yang lebih efiyen.
Pengetahuan luas dalam pelbagai bahasa membolehkan individu mengetahui lebih banyak ilmu pengetahuan.
A.S. Horby dan E.C. Parnwell dalam The progressive English Dictionary mendifinisikan bahasa ialah perkataan atau pertuturan yang diterima dan difahami oleh satu bangsa atau Negara.
Bahasa juga berfungsi sebagai alat penyebaran dan pengabadian ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.Selain itu, bahasa juga adalah medium diplomasi dan perantaraan untuk manusia.
Tanpa bahasa, individu tidak akan mampu berfikir secara kreatif dan kritis dan pemupukan minda kelas pertama tidak akan wujud sama sekali.
Mantan Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa, kekreatifan merupakan kekuatan yang mutlak. jika kita menggunakannya dengan baik, kita akan bersedia untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar, dan jika kita sentiasa sanggup memperbetulkan kesilapan kita, kelemahan dalam menuju matlamat pasti tiada.
Kemahiran komunikasi dan berfikir secara kreatif dan kritis dapat membina individu yang memiliki minda kelas pertama selaras dengan nilai modal insan yang mampu memacu pembangunan Negara
Pragmatic saya yang ke-4
Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.
Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan asset yang penting kepada Negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan beperanan positif dalam dimensi pembangunan Negara.
Kemajuan Negara tidak boleh dicapai andai rakyat memiliki akhlak yang buruk seperti rasuah, pecah amanah, zalim dan seerti dengannya. Keutuhan akhlak akan mewujudkan tamadun manusia yang komprehensif,dan inovatif.
Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika tinggi, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Isu utama Perdana Menteri ialah sifar rasuah. Beliau menyatakan bahawa rasuah adalah bacteria dalam Negara. Ia akan menghapuskan Negara secara sedikit demi sedikit. Jika tidak diubati ia akan menjadi barah dalam masyarakat. Akhlak yang unggul amat memberi kesan kepada proses pembangunan Negara.
Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan antara cabang modal insan sebagai pemacu pembangunan Negara.
Pragmatic saya yang ke-5
Modal insan yang memiliki bakat kepimpinan
Bakat memimpin adalah kelayakan mejadi seorang pemimpin dari segi mental yang baik dan moral yang unggul. Kerana semua agama mengutamakan nilai-nilai ini sebagai pemimpin termasuk islam . pemimpim yang baik adalah seorang yang positif, dan boleh menerima kritikan selain mempunyai idea yang bernas.
Pemimpin yang unggul akan memacu pembangunan Negara dengan lebih efisyen dan progresif.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang mafhumnya : sesungguhnya jawatan itu adalah kerugian dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan penuh tanggungjawab
Hadis ini membuktikan pemimpin yang adil merupakan tunjang dalam sesebuah Negara, tanpanya Negara tersebut pasti kucar-kacir dan tidak membangun. Nampaklah kita bahawa tugas pemimpin itu bukan mudah, malah amat berat sekali.
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan berbangga kerana memiliki pemimpin yang berkaliber dan sedang berusaha untuk memajukan Negara. Modal insan tidak akan sempurna andai nilai kepimpinan tiada dalam diri individu. Jelaslah modal insan pemacu pembangunan Negara.
KESIMPULANNYA
Dengan segala hujah saya yang kukuh, saya dapat merumuskan bahawa Dengan berpandukan keperibadian yang unggul, maka modal insane mampu dilahirkan dan pasti wujud masyarakat yang bersdia untuk mentadbir Negara. Ilmu pengetahuan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan segala cabangnya, pasti akan membawa Malaysia duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi dengan Negara yang lain. Kemhiran berkomunikasi dan berfikir perlu dipertingkatkan supaya Malaysia akan mencapai Negara maju pada tahun 2020. Akhlak yang unggul sebagai asset kepada Negara dalam pembangunan modal insane. Kepimpinan yang baik akan memastikan proses pembangunan Negara berjalan lancar.
Jelaslah bahawa modal insane amat member kesan yang mendalam dalam proses pembangunan Negara.
Saya akhiri pidato saya pada hari yang mulia ini dengan serangkap pantun,
Loceng disana sudah berbunyi,
Menjadi tanda suruh berhenti,
Salah dan silap harap dimaafi,
Semoga kita berjumpa lagi.
Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum
No comments:
Post a Comment