kehadapan ayahanda yang anakanda sayangi..
maafkan diri ini kerna tidak mampu menjadi seperti yang ayahanda ingini..
anakanda ingin jadi diri anakanda sendiri..
anakanda tidak bisa untuk membohongi diri sendiri semata-mata untuk menggembirakan hati orang yang selalu menyakiti perasaan dah hati anakanda..
kalaulah ayahanda tahu betapa sakit perasaan ini..
jika ayahanda hanya mahu anakanda berubah hanya sebab orang sekeliling ayahanda..
maafkan anakanda kerna anakanda tidak bisa berbuat demikian..
kerna anakanda tidak mampu...
dan jikalau ayahanda tahu betapa sakitya hati anakanda...
kerna ayahanda tidak bisa terima anakanda seadanyaa..
tidak biasa mengakui anakanda adalah permata hati ayahanda..
dan mahu mengubah diri menjadi seperti bukan anakanda ingini..
dan walaubagaimanapun..
anakanda masih menyayangi ayahanda..
anakanda masih mencintai ayahanda..
tetapi sukar untuk mengungkapnya depan ayahanda..
kerna anakanda tidak layak untuk mengungkapkan kalimah tersebut..
dari anakanda mu yang tidak baik
maafkan anakanda kerna anakanda bukan anak yang baik..
No comments:
Post a Comment