Friday, 4 January 2013

TIDAK SALAH GURU BERFESYEN


hari ini aku mulakan kuliah dengan matapelajaran yang diajar oleh seorang pensyarah yang berpandangan seperti orang muda..pandangan beliau cukup jauh dalam bidang pendidikan dan perguruan..

kata beliau tidak salah guru berambut panjang..berpakaian seperti kasual smart orang putih..bagi beliau etika pemakaian tolak ketepi tetapi ilmu yang disampaikan oleh guru tersebut adalah lebih bermakna..betul juga kata beliau..kerana bagi aku berpakaian seperti kain lebih ini hanyalah etika pemakaian zaman dahulu..zaman sekarang pakaian lebih moden dan menarik sudah semestinya menjadi ikutan guru muda pada masa kita yang mementingkan pemakaian yang menarik dan cantik..

pemikiran beliau sangat kehadapan dan membuat saya tertarik..yang saya pasti jika beliau menjadi MENTERI PELAJARAN pasti banyak perubahan dalam sistem pendidikan yang beliau akan bawakan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...