Friday, 4 January 2013

TAKUT

TAKUT!!!!!!!!!!!!!!!
aku sangat seram untuk hadapi perkataan tersebut..
takut terpaksa melepaskan orang yang aku sayang sebab aku ingin melihat dia bahagia..
sedangkan pada hakikatnya aku tidak ingin sekali melepaskan dia..
sebab aku sudah serahkan sepenuh hatiku padanya..
sangat sakit melalui pengalaman tersebut..

aku sedar aku tidak mampu memberikan sebarang harta mahupun kemewahan..
tapi yang hanya aku mampu berikan secebis hati untuk menyayangi dan mencintai dengan sepenuh hatiku..
hatiku dicipta untuk diserahkan kepada seseorang..
tapi apakan daya diri ini..
aku hanya insan yang lemah..
tapi ketahuilah apa yang aku lakukan adalah untuk memastikan orang yang aku sayang gembira..

cakaplah aku pentingkan diri sendiri..
memang aku pentingkan diri..
sebab mahu melihat engkau bahagia..
daripada merana disampingku..
ingatlah smpai bila-bila..
jangan pernah kau lupa cintaku dan sayangku pada dirimu..

TIDAK SALAH GURU BERFESYEN


hari ini aku mulakan kuliah dengan matapelajaran yang diajar oleh seorang pensyarah yang berpandangan seperti orang muda..pandangan beliau cukup jauh dalam bidang pendidikan dan perguruan..

kata beliau tidak salah guru berambut panjang..berpakaian seperti kasual smart orang putih..bagi beliau etika pemakaian tolak ketepi tetapi ilmu yang disampaikan oleh guru tersebut adalah lebih bermakna..betul juga kata beliau..kerana bagi aku berpakaian seperti kain lebih ini hanyalah etika pemakaian zaman dahulu..zaman sekarang pakaian lebih moden dan menarik sudah semestinya menjadi ikutan guru muda pada masa kita yang mementingkan pemakaian yang menarik dan cantik..

pemikiran beliau sangat kehadapan dan membuat saya tertarik..yang saya pasti jika beliau menjadi MENTERI PELAJARAN pasti banyak perubahan dalam sistem pendidikan yang beliau akan bawakan..

Wednesday, 2 January 2013

JOM HEBOH 2012

JOM HEBOH baru-baru ini telah diadakan di Stadium Sukan Bukit Jalil...sangat seronak..sebab sudah lama tidak keluar melepak sebab kerjakan..jadi bila kontrak kerja sudah pun berjaya diselesaikan...maka mengambil peluang yang ada bersua muka bersama kawan-kawan di saat-saat terakhir cuti semester akan tamat...

tidak mahu bercerita panjang..lihat sahaja gelagat bersama kawan-kawan ketika JOM HEBOH














BOHONG KALAU TAK CEMBURU


setiap insan telah diberikan sekeping hati..dan sekeping hati itu telah diserahkan sebulat-bulatnya kepada seseorang yang paling kita SAYANGI...pada siapakah hati itu diserahkan..terpuanglah kepada diri masing-masing..

apabila kita sudah MENYAYANGI seseorang bohong aku katakan yang aku mahupun anda semua tidak cemburu melihat orang yang kita SAYANG bersama orang lain..walaupun si DIA bersama dengan adik dia mahupun kawan baik DIA..


bila si DIA tengok kita lain macam mulalah dia risau dan tanya pada kita "cemburu ke" dan kita akan balas "tak ada maknanya dan cemburu" katanya..tapi dalam hati panas pula dengan orang yang rapat tu kannn...nak buat macam mana dah DIA satu-satunya orang yang kita SAYANG dan CINTAI...


kadang-kadang sebab SAYANG kita izinkan dia bersama orang lain hanya untuk merasakan dia bahagia..tidak semua benda atau perkara kita mampu lakukan untuk DIA..kita korbankan sedikit perasaan..tapi aku rasakan banyak sebenarnya demi kebahagiaan DIA..sebab itu orang cakap CINTA itu BUTA..kalau sayang DIA palit tahi pun kita tahan saja..tapi kalau aku sampai dipalit..bukan tahi MANUSIA aku bagi..TAHI B*** aku bagi..hahahah..

HARI BERSAMA JIMMY KIMMY SHAZ..DA RED HAIR





siapakah JIMMY ini...orang puteh kaa...taklah sebenarnya orang melayu..nama glamour jer JIMMY hahaha..nama melayu hanya aku seorang sahaja tahu..rahsia katanya jangan bagitahu orang lain..jadi aku hormati permintaannya...


pertama kali jumpa selepas habis PERSEMBAHAN di JOM HEBOH baru-baru ini...PERSEMBAHAN KATANYA...kami berjumpa di Bukit Bintang ketika sedang lepak bersama-sama..pertemuan kali pertama sudah semestinya ada sedikit kekekokan disitu..tapi lama kelamaan semakin baik..


katanya hendak pulang ke JOHOR BHARU..jadi kami buat keputusan untuk sambut TAHUN BARU bersama...aku pun ON sahaja..almaklumlah bukan selalu cuti panjang walaupun IPOH dan KL jarak perjalanan hanya 2 jam sahaja..tetapi pertemuan singkat ini memberi makna yang cukup banyak..

paling aku kekok bila ajak pakai baju sama-sama..hahahah..sebab memang tidak pernah kalau aku lepak pakai baju sama..sebab nak orang tenok lain-lain..dsebabkan jarang jumpa aku pun ON sahaja nak jaga hati..tapi walaubagaimanapun memang sangat seronok..sebab kakak aku pun suka layan kerenah dia masa SHOPPING sama-sama kan...

JIMMY seronok lepak nan kau..lain kali kita DATE lagi..ok

Friday, 28 December 2012

SATU KEPUTUSAN SAHAJA..KEMARAHANNYA KEPADA SIAPA??

tahniah kepada pemeroleh keputusan pepepriksaan yang cemerlang baru-baru ini..tak kira UPSR mahupun PMR...tahniah atas usaha gigih anda semua..tapi disebalik kegembiraan itu pasti ada yang tidak puas hati..

hanya SATU KEPUTUSAN yang tidak baik para ibu bapa sentiada menyalahkan para guru dan pendidik ini tidak menjalankan tugas mendidik dengan baik..adakah ini salah guru..kalau salah guru saya rasa itupun hanya tidak sampai 20% sekolah mempunyai guru bermasalah yang kronik di setiap sekolah..seperti yang umum ketahui bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah salah satu sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa...

ibu bapa tidak melihat silap ini kepada anak-anak mereka...guru hanya menyampaikan ilmu tetapi yang menerima adalah anak kita sendiri..tetapi kenapa masih ada segelintir ibu bapa hanya menyalahkan pihak sekolah..kurikulum sekolah tak baguslah..kokurikulum sekolah tak bagus..guru tidak memberi semua komitmen..semua PIHAK SEKOALH yang SALAH..silap anak-anak mereka disekolah ada mereka tahu..

dirumah baik macam malaikat..disekolah nauzubillahhiminalzalim cikgu sahaja yang tahu..kenapa harus pihak sekolah disalahkan..kenapa bukan institusi kekeluargaan bersama berganding bahu membina MODAL INSAN kelas PERTAMA...fikirkan lah..

p/s maaah lama sudah tak update blog sebab sibuk dengan aktiviti musim cuti..hahaha..

Wednesday, 24 October 2012

BELAJAR MEMIMPIN : KEPERIBADIAN


Frederick, Raja Prusia yang terkenal mengambil peluang pergi bersiar-siar di pinggir Kota Berlin. Tiba-tiba, kelihatan seorang lelaki tua berjalan kearahnya, lalu beliau pun bertanya kepada lelaki tua tersebut. "Siapakah kamu" tanya Frederick. "Saya adalah Raja," lelaki tua itu menjawab. "Raja?" Frederick tertawa lantas menyambung, "Apakah nama kerajaan yang kamu perintah?" "Atas diri saya sendiri" lelaki tua itu menjawab dengan penuh rasa yakin dan bangga. Hakikatnya, mengendalikan diri itu adalah tugas yang terlalu berat. Manakala musuh yang paling sukar dikalahkan di medan perang adalah diri sendiri.

Perkara diatas menjelaskan betapa sukar untuk menguruskan diri sendiri sebenarnya. Kerana dalam diri sendiri mempunyai pelbagai sikap atau sifat yang kita tidak tahu. Walaupun diri sendiri tidak semestinya kita mengenali diri kita sebenarnya. Kita rasa kita mempunyai keperibadian yang tinggi. Tapi sejauh manakah kebenaran itu?? Sejauh mana kesaksian itu??

Fikir-fikirkan adakah kita sudah bersedia untuk memimpin masa depan kita dan orang lain 

Saturday, 20 October 2012

MEMORI FORUM KEBANGSAAN PERINGKAT KEBANGSAAN ANTARA INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2012

"entry" tengah hari tadi dah mengulas menngenai keputusan perlawan..malam ini mari kita mencuci mata kita dengan lihat gambar yang ada tentan sepanjang pertandingan berlangsung..kalau termarah sebab gambar saya yang banyak janganlah marah sangat sebab ini kan blog saya..jadi memang kan banyaklah gambar saya kan..

saya sempat mengendalikan Forum IPG Perempuan Melayu Melaka sahaja..hahaha..sebab takut darah gemuruh terjadi sekali lagi..pusingan kedua dan ketiga terpaksa diambil alih oleh abang syafiq..

pertandingan pada kali ini boleh dikatakan seronok..sebab berjumpa kawan-kawan dari IPG lain..terutama sekali Santiana dari IPG Gaya dan Hakim dari IPG Ilmu Khas..paling kerap saya jumpa ialah Santiana lah..hahahah...

Bersama kenalan baru sangat menyeronokkan terutama kakak-kakak dari IPG Perempuan Melayu Melaka..banyak perkara yang kami borakkan..sedar tak sedar mereka asal orang Selangor..memang cantik sangatlah tu kan..hahaha..ramai sangat kenalan baru sebenarnya tapi tengok sahajalah dari gambar yang saya masukkan..

tapi paling kelakar bila ADUN BATU KURAU..ketika mengambil hadiah dia boleh tergur "cikgu ke artis ni" waaa sangat malu..aku lupa pula yang aku rambut aku terpacak dan lupa nak turunkan sebelum naik atas pentas untuk menerima hadiah..

walaubagaimanapun tahniah buat semua yang menyertai dan menjayakanya

CORNELIA..SAHABAT YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT DAN DORONGAN UNTUK SETIAP KALI PERTANDINGAN YANG AKU MASUK..TERIMA KASIH CORN



HANYA SEMPAT BERENTAP PADA PUSINGAN PERTAMA BERSAMA
 IPG PEREMPUAN MELAYU MELAKA 




WAKIL DARI IPG ILMU KHAS SEDANG MEMBENTANGKAN HUJAH



PANEL DARI IPG IPOH BERSAMA MODERATOR DARI 
IPG AMPUAN AFZAN









KETIKA FORUM DIPERINGKAT AKHIR SEDANG BERLANGSUNG


KETIBAAN TETAMU KEHORMAT ADUN BATU KURAU
SELAKU WAKIL YAB MENTERI BESAR PERAK




UCAPAN KETUA HAKIM






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


KETIKA DIBELAI OLEH Y.B ADUN BATU KURAU(sangat segan)







GELAGAT JOHAN IPG KAMPUS GAYA





YB ADUN KURAU BERANGKAT PULANG










INILAH KAMI WAKIL IPG IPOH BERSAMA PENSYARAH PEMBIMBING


WAKIL DARI IPG SULTAN ABDUL HALIM


BERSAMA SANTIANA(GAYA), RAFIQ (GAYA) dan IKHWAN (BM)





BERSAMA-SAMA KAKAK-KAKAK DARI IPG PEREMPUAN MELAYU MELAKA SEBELUM MEREKA BERANGKAT PULANG






BERSAMA HADIAH KEMENANGAN













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...