ADAKAH SEMUA HIDUP INI TERLALU INDAH BAGI ANDA SEMUA..BAGI AKU..SEKALIPUN ITU MEMORI PAHIT MAHUPUN DUKA..IA TETAP MEMORI TERINDAH BUAT AKU.. KERANA TANPA MEMORI SUKA DAN DUKA..HIDUP AKU TIDAK AKAN SEINDAH SEKARANG..JADI MARI SAMA-SAMA KITA BERKONGSI MEMORI KITA
Monday, 9 July 2012
TEORI DAN MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Model PsikodinamikBerasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personality seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh:- Masalah dalaman individu- Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorangAntara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:- Model Psikopendidikan- Teknik Kaunseling- ‘Expressive Media’- Teknik Pengurusan Tingkah LakuModel Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah:- Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan- Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak- Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih saying- Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak.Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah:- Life-space Interview- Reality TheraphyTeknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan:- Free Play- Permainan Puppet- Main Peranan- Pergerakan Kreatif- Terapi Seni- Muzik- Fotografi dan rakaman videoPendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja.Antara Teknik yang boleh diguna ialah:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment