hahah..ini pendapat aku sepanjang melalui 5 semester sebagai seorang guru pelatih..aku buat pemerhatian dari kawan-kawan aku supaya boleh dijadikan panduan untuk anda semua..jka ada sebarang penambahan bolehlah tambah pada blog anda masing-masing OK..ARASSO!!!!
1. Jangan sesekali buat perkara yang kita kerap buat sebelum ini :
#menonton movie/permainan video/laman sosial dan sbgainya..
kalau yang perempuan kan mereka suka menonton ceria KOEA/DRAMA INDONESIA yang tiada kesudahannya..yang lelaki pula kerap dengan PERMAINAN VIDEO/ANIME dan sebagainya..yang paling parah sekali individu yang 24:7 dengan laman sosialnya kalau boleh DEACTIVE kn akaun laman sosial anda buat sementara waktu
2. Semak tarikh hantar tugasan
3. Cari bahan dahulu selepas menerima tugasan. Kalau dah ada bahan untuk tugasan tak adalah huru hara tugasan kita nanti.
4. Kalau berkumpulan pilih ahli yang satu kepala ataupun hampir-hampir sama landasan dengan kita. Seperti kita ketahui manusia ini pelbagai ragam jadi tak bolehlah nak marahkan. Ada orang suka buat akhir-akhir dan ada juga yang suka buat awal-awal. Jika kita suka buat lambat jadi pilihlah ahli kumpulan seangkatan dengan anda. Kerana anda akan menyusahkah ahli kumpulan anda jika anda kumpulan bersama ahli yang suka menyiapkan awal tugasan.
5. Paling penting sekali printer kita. Selalulah check printer kita ini. Kadang-kadang masa tak nak print assignment elok sahaja. Tapi bila nak print baru lah nak rosak.
ini sahaja nasihat saya untuk sesiapa yang memiliki ciri-ciri diatas semasa melaksanakan tugasan.
No comments:
Post a Comment