eyyhhh aku bukan mengharamkan guna perkataan tersebut..fahan dulu apa yang akan aku sampaikan..setengah pihak elalu cakap diri kita tidak PROFESIONAL..tapi sejauh manakah pihak yang mengatakan kita tidak PROFESIONAL bahaea mereka PROFESIONAL..
jangan katakan orang lain tidak PROFESIONAL sekiranya kita tidak PROFESIONAL..bagaimanakah tidak PROFESIONAL tersebut..mari kita lihat..
1. kita tidak PROFESIONAL sekiranya masalah peribadi jika kita bawa kedalam sekelompok masayarakat..masalah peribadi tinggalkan diluar bila bersama sekelompok masyarakat yang lain walaupun orang yang kita tidak suka ada dalam kelompok masyarakat tersebut..
2. kita tidak PROFESIONAL sekiranya tidak tahu siapa yang berkuasa..sebagai contoh dalam organisasi sememangnya mempunyai Pengerusi tetapi dalam bidang-bidang tertentu mereka mempunyai kuasa yang terhad..bila mengadakan KEM MOTIVASI sebagai contohnya kuasa yang ada kepada KETUA FASILITATOR bukannya Pengerusi..kerana yang mengetahui perjalanan program motivasi hanyalah KETUA FASILITATOR..begitu juga dalam urusan makanan..KETUA bahagian penyediaan makanan yang berkuasa..walaupun orang yang menjadi KETUA tersebut individu yang tidak diingini..hormati beliau kerana beliau boleh menguskan situasi berbanding kita yang tidak PROFESIONAL ini yang hanya tahu untuk mengkritik keperibadian KETUA tersebut..
3. kita tidak PROFESIONAL sekiranya masuk campur dalam masalah individu lain tetapi hanya mendengar cerita sebelah pihak..sebagai individu yang PROFESIONAL kita sepatutnya mendengar cerita kedua belah pihak..bukannya sebelah pihak..walaupun satu pihak tersebut sahabat kita..kita mencari jalan penyelesaian bukannya jalan permusuhan..
4. kita tidak PROFESIONAL sekiranya jika meminta individu lain mengubah sikap..yang pelu ubah sikap adalah diri kita..cara kita menerima kekurangan ataupun kelebihan individu lain..kenapa kita hendak mengubah benda yang tidak boleh diubah yang sudah menjadi sebahagian dari hidupnya..kita boleh mengubah mereka tetapi dengan cara yang baik..sama-sama mengubah sikap kita.jika kita hanya mengharap sebelah pihak mengubah diri kepada sesuatu yang kita ingini tetapi kita sendiri tidak mengubah sikap negatif kita terhadap individu tersebut..maka kita bukanlah individu yang PROFESIONAL..
saya rasa banyak lagi perkara yang tidak disebut..cukup saya rasa sampai disini sahaja untuk entry pada kali ini..sehingga berjumpa lagi
No comments:
Post a Comment