Sunday, 30 September 2012

BIDANG TUGAS PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS


Pentadbiran Umum
1.         Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,
2.         Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan   peringkat sekolah,
3.         Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,
4.         Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan khas,
5.         Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
6.         Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini :
6.1.     Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.2.     Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.3.     Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.4.     Fail Mata Pelajaran,
6.5.     Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.6.     Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.7.     Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8.     Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
6.9.     Fail Program Inklusif,
6.10.   Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.11.   Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.12.   Buku Stok
6.13.   Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7.         Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8.         Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,
9.         Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,
10.      Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11.      Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12.      Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan khas),
13.      Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak pada bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14.      Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,
15.      Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan borang permohonan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak mengikut tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,

Pengurusan Hal Ehwal Guru
1.         Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak supaya mereka dapat dihantar berkursus,
2.         Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar kanak-kanak cacat,
3.         Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak d    isalahgunakan oleh pihak sekolah.

Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.         Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan Murid.
2.         Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak,
3.         Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau melalui Pejabat Pelajaran  Daerah,
4.         Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,
5.         Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup,
6.         Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan dengan cekap,
7.         Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
8.         Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar negeri dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya.
9.         Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti Sekolah.

Pengurusan Data
1.         Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,
2.         Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

Pengurusan Stok
1.         Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak diletakkan di dalam kelas pendidikan khas,
2.         Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3.         Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak,
4.         Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.

Pengurusan Kewangan
1.         Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun,
2.         Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),
3.         Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
4.         Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas,
5.         Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang disediakan oleh bendahari kelas.

Pengurusan Kelas
1.         Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
2.         Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,
3.         Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi,

Pengurusan Jadual Waktu
1.         Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing.
2.         Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.         Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas dari masa ke semasa,
2.         Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,
3.         Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
4.         Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam,

Pengurusan Diri
1.         Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas,
2.         Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru pendidikan khas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...