Monday, 17 September 2012

MELEPASKAN DENGAN PERIT


mungkin aku terlalu sayangkannya sehingga tidak mampu aku melupakannya..tapi paling memeritkan aku apabila dia sdah mempunyai kekasih hati yang baru..aku tidak tahu sama ada mahu tersenyum aku mahu menangis..aku dalam dilema..kerana kekasih hatinya yang baharu merupakan salah seorang sahabat yang rapat dengan aku..

kerana ingin melihat mereka bahagia aku lepaskannya dengan hati yang perit..pada hakikatnya aku masih menyayanginya dengan sepenuh hatiku..tiada insan yang pernah aku sayangi selain dia selepas Pencipta ku dan kedua orang tua ku..demi kebahagiaan mereka juga aku mengundurkan diri supaya tidak melukakan perasaan mereka..

aku hanya berharap dia yang aku sayangi bergembira dan berbahagia bersama kekasih hatinya yang baharu..mungkin yang baru lagi sempurna dari yang lama..kerana aku tidak mampu membahagiakan dia dengan apa yang dikehendakinya..aku berdoa bahawa mereka gembira selamanya..itu sahaja pinta ku..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...