tentu anda tertanya-tanya..asal tajuk post aku pahit??manis??..it is about L.O.V.E...semua orang inginkan cinta yang sejati..tetapi dalam percintaan tidak semuanya manis dan tidak semuanya pahit..tidak semestinya perhubungan yang pertama akan berjaya dan tidak semestinya juga akan gagal bukan..
siapa yang tidak inginkan cinta yang sejati..semua orang mendambakannya..kerana untuk mencari teman hidup dunia akhirat..susah senang..suka duka..itulah teman sejati yang kita sentiasa mencari dan terus mencari..
cinta datang tanpa kita sedari sebab itu orang cakap cinta itu buta..cinta tidak kenal usia, paras rupa, jenis darah mahupun saiz badan..kerana bila hati sudah diketuk oleh pandangan orang yang kita cintai maka terjalinlah cinta itu..cinta diketuk oleh pandangan pertama banyak sekali..tetapi cinta mula diketuk secara perlahan-lahan jika untuk memulakan perhubungan secara beransur-ansur..kerana mahu mengenali hati budi masing-masing dahulu..
tapi perlu kita sedari..cinta akan pudar apabila kejelasan cinta kita mula kabur..cinta hanya buat kita menangis bila kita sangat mencintainya..cinta tidak kenal sesiapa..jika cinta itu mahu kita menderita..cinta juga akan mengkhianati kita bila nikmat bercinta itu semakin berkurangan..
cinta akan datang apabila.takdir diatas sudah menetapkan jodoh kita..maka itulah jodoh kita..cinta usah dicari..cinta juga usah dikejar..kerana cinta akan datang dengan sendirinya kepada tuan empunya diri bila sudah tiba masanya..cinta tidak perlu ikut perasaan..tetapi cinta memerlukan hati yang terang untuk kita mengesannya..
No comments:
Post a Comment