Telah lama bondaku pinta untuk membuat satu warkah buat
beliau..maafkan anakanda buat bonda ternanti-nanti warkah buat bondaku
tersayang..bonda baca ya..
Masihkah bonda teringat perkhabaran dari doktor yang merawat
bonda..bonda diberitahu bahawa bonda hamil...sudah berusia dua minggu kandungan
bonda...bonda dan ayahanda seperti tidak percaya...penantian selama dua tahun
sudah terbalas..kerana bonda dan ayahanda merancang mahu menimang cahaya mata
dalam tempoh terdekat selepas sahaja perkahwinan ayahanda dan bonda
berlangsung...penantian selama setahun tidak menjadi..akhirnya masuk tahun
kedua barulah terhasil cahaya mata hasil kalian berdua..
Tempoh sembilan bulan bonda tanggung dengan pelbagai
suka,duka, manis dan pahit..pelbagai dugaan bonda harungi demi keselamatan anak
pertama bonda..yang bonda inginkan keselamatan anakanda..lahir menjadi bayi
yang sihat, cergas dan sempurna..sehingga tempoh lima bulan bonda masih
merasakan diriku ringan untuk dibawa kemana sahaja bonda pergi..masuk bulan
keenam bonda rasa terbeban sangat bukan...tapi bonda tidak sedikit pun
mengeluh..sebaliknya mengusap perut bonda seumpama sedang membelai diri..lalu
bonda berbisik padaku..
“janganlah nakal dalam perut bonda..bonda takut apa-apa jadi
pada anakanda..duduk diam-diam dekat dalam..nanti keluar jumpa lah bonda dan
ayahanda..sabar ya wahai anakku”
Bulan ketujuh hingga kesembilan bonda paling tersiksa..perut
bonda makin membesar..nak naik tangga pun bonda tidak larat lagi..apatah lagi
berjalan kesana sini..terpaksa pula bonda menyusahkan ayahanda untuk ke pasar..beli
keperluan rumah..ayahanda selama ini sibuk bekerja dan tidak pernah jejak kaki
ke pasar..menjadi seorang yang bonda tidak kenali..demi bonda dan
anakanda..ayahanda turutkan kemahuan bonda..buang sifat pemalunya..demi kita
berdua..terima kasih ayahanda..
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba..bonda dibawa
ke wad bersalin dan temani oleh ayahanda..bonda mengering kesakitan untuk
melahirkan anakanda ini..selama hampir 4 jam dalam wad mengering kesakitan
akhirnya bonda berjaya mengeluarkan beban bonda yang selama ini bonda pikul
selama sembilan bulan..bonda berkata padaku..
“ini bukan beban buat bonda..tapi satu anugerah buat
bonda..dapat melahirkan cahaya mata seindah syurga dan sesempurna mahigai yang
tersegam indah..cahaya mata bonda tersenyum ceria..kekalkan senyuman ini”
Bonda dan ayahanda..terima kasih kerana menghasilkan dan
melahirkan anakanda..terimalah warkah buat Bonda dan Ayahanda tersayang
No comments:
Post a Comment