Sunday 17 June 2012

TERIMA KASIH PENGARAH

ENTRI KALI INI KHAS BUAT PENGARAH MONODRAMA AKU FAIQ FAKHRULLAH..WALAUPUN DIA KUAT MEMBEBEL SEMASA LATIHAN AKU HARGAI SEMUA PENGORBANAN DIA UNTUK KAMI BERJAYA..

ADIK JUNIOR AKU INI MEMANG KUAT MEMBEBEL ITU KADANG-KADANG AKU STRESS DENGAN DIA..WALAUBAGAIMANAPUN TERIMA KASIH AKU UCAPKAN KERANA BANYAK MEMBANTU SEHINGGA KAMI MAMPU MENDAPAT KEDUDUKAN DI TANGGA KE-7 DARIPADA 27 IPG..DAN AKU JUGA PESERTA PALING MUDA SEMESTER 1 DEGREE JIKA DIBANDINKAN DENGAN IPG LAIN SEMUA HANTAR SEM 5 DAN SEM 7 SEBAGAI WAKIL MEREKA..


TAPI TIDAK MENGAPA..KITA BERJAYA JUGA DALAM SENARAI TOP 10..TERIMA KASIH PENGARAH KECIL..HARAP SUATU HARI NANTI KITA AKAN BERSUA LAGI UNTUK BEKERJASAMA..

Friday 15 June 2012

JANGAN RISAU PASAL PERASAAN AKU

I'M NOTHING..ITULAH PERKATAAN UNTUK MENGGAMBARKAN DIRI AKU TIKA INI..JANGAN RISAU PASAL PERASAAN AKU WAHAI SAHABATKU..AKU BUAT SEMUA INI SEBAB ENGKAU..AKU CUMA MAHU MELIHAT KEMBALI SENYUMANMU YANG SUATU KETIKA DAHULU TIDAK LEKANG DARI WAJAH MANISMU ITU..

KESEDIHANMU SUATU PERKARA YANG RUMIT BUAT DIRIKU..AKANKU KORBAN PERASAAN AKU INI DEMIMU..BIAR AKU LAKUKAN DAN JANGAN KAU TANYA KENAPA AKU LAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA..JANGAN KAU ERTERIMA KASIH JUGA PADAKU..SEMUA DEMI DIRIMU..

BIAR TIADA YANG MENYAYANGI DIRIKU TATEPI IZINKAN AKU MENYAYANGI DIRIMU DAN MELINDUNGIMU..JANGAN BIARKAN TANGISAN ITU MENGALIR DAN TERUS MENGALIR KERANA SESEORANG YANG TIDAK MENGHARGAI DIRIMU..

BIAR PUN AKU MENANGIS BERKORBAN DEMIMU..AKAN KU UKIRKAN SENYUMAN SUPAYA ENGKAU TIDAK MENYEDARI KESEDIHAN AKU.. 

Thursday 14 June 2012

SAHABAT BAHARU

SEPANJANG AKTIVITI KAGUM JUGA..AKU SEMPAT MENJALINKAN PERSAHABATAN YANG BAHARU BERSAMA KAWAN-KAWAN DARI INSTITUT PENDIDIKAN GURU YANG LAIN..PERSAHABATAN INI TERJALIN UNTUK PROSES PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN..

AKU SANGAT BERHARAP PERSAHABATAN INI AKAN KEKAL SELAMANYA..INILAH MUKA-MUKA SAHABAT BAHARU AKU..

BERSAMA PELAKON CERITA SUTUN YUSRY DARI IPG KAMPUS DARUL AMAN KEDAH
PESERTA MONODRAMA JUGA




SAHABAT DARI IPG KAMPUS KENINGAU,SABAH


SAHABAT FROM IPG KAMPUS ILMU KHAS CHERAS


SAHABAT DARI IPG KAMPUS TAWAU DAN GAYA, SABAH




FROM IPG KAMPUS PERLIS (TUAN RUMAH)



FROM IPG TUN ABDUL RAZAK, SARAWAK


FROM IPG BATU LINTANG, SARAWAK


FROM IPG KAMPUS RAJANG, SARAWAK


FROM IPG KAMPUS ISLAM, BANGI
DIDI PESERTA MONODRAMA

FROM IPG PERSEKUTUAN PULAU PINANG



DARI KENINGAU JUGA..FASHION KAMI YANG SEAKAN-AKAN SAMA KATA KAWAN-KAWAN AKU..HAHA..DIA PUN MENGAMBIL ACARA MONODRAMA JUGA

MONODRAMA

RAMAI TERTANYA-TANYA APA ITU MONODRAMA..MONODRAMA ADALAH SATU SENI PERSEMBAHAN TEATER...TETAPI DILAKONKAN OLEH SEORANG PELAKON DENGAN PELBAGAI WATAK..MUNGKIN WATAK YANG DIPEGANG ADALAH LEBIH DARIPADA 2 WATAK..

KESILAPAN YANG SERING DIAKUKAN ADALAH MONODRAMA HAMPIR SAMA DENGAN PERSEMBAHAN MONOLOG..KERANA MONOLOG JUGA MEMBAWA SEORAG PELAKON TETAPI HANYA MEMEGANG SATU PERANAN ATAU WATAK SAHAJA..

MONODRAMA LEBIH CANTIK APABIA MEMPUNYAI PERTUKARAN WATAK YANG LICIN DAN BAIK SERTA TIDAK NAMPAK TERATUR...MONODRAMA TERSEBUT JUGA AKAN MENJADI LEBIH MENARIK APABILA MEMPUNYAI UNSUR JENAKA, NYANYIAN DAH HIBURAN..

TAHNIAH KEPADA IPG TEMENGGONG IBRAHIM KERANA MENJADI JOHAN UNTUK MONODRAMA KAGUM KEBANGSAAN 2012...DENGAN CERITA MENGENAI "NATRAH"

KAGUM IPG KEBANGSAAN 2012


PADA 10-15 JUN TELAH BERLANGSUNGNYA SATU KARNIVAL GERAK KERJA KOKURIKULUM ANTARA 27 IPGM SELURUH MALAYSIA DAN IPG KAMPUS PERLIS MENJADI TUAN RUMAH.


KAGUM KALI INI DIADAKAN DENGAN MERIAH SETELAH EMPAT TAHUN TIDAK DIADAKAN..KAGUM KALI INI JUGA DIBAHAGIKAN KEPADA DUA AKTIVITI IAITU OLAHRAGA DAN KEBUDAYAAN..

AKU MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KEBUDAYAAN IAITU PERTANDINGAN MONODRAMA..PENGALAMAN DI KAGUM TIDAK AKAN AKU LUAKAN KERANA PERSAHABATAN YANG KAMI BINA SELAMA SEMINGGU BERKAMPUNG DI IPG KAMPUS PERLIS TIDAK AKAN LUPUT SEBALIKNYA AKAN MENJADI LEBIH KUAT...

TAHNIAH KEPADA IPG SULTAN ABDUL HALIM(IPSAH) KERANA MENJADI JOHAN KESELURUHAN..

Thursday 7 June 2012

EPILEPSIS

Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementara terhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut. Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin mengalami kecederaan yang serius.
Perkataan epilepsi berasal daripada perkataan Greek epilepsia yang bermaksud ‘taking whole of’ atau ‘seizing’. Pada kurun ke 5 BC, Hippocrates ( Father of Medicine), merupakan orang pertama yang menyimpulkan bahawa epilepsi disebabkan oleh gangguan (disorder) pada otak. Pada 1929, barulah serangan epileptik dan kewujudan discas elektrikal abnormal di otak dihubungkaitkan.
Data pada tahun 1981 menunjukan bahawa epilepsi berlaku pada 5 orang, dalam setiap 1000 orang dan adalah lebih kerap pada orang lelaki. Biasanya, jika ia berlaku pada golongan kanak-kanak buat pertama kalinya, puncanya sering kali tidak dapat diperolehi. Jika ia berlaku pada kalangan dewasa, ia adalah lebih serius dan mungkin dikaitkan dengan penyakit pada otak seperti arteriosklerosis atau tumor.   
Adalah penting untuk masyarakat yang mengidap epilepsi bertanggapan bahawa epilepsi itu bukan hanya menimpa diri mereka, namun terdapat berjuta-juta orang lagi yang menerima nasib yang sama dan ia bukanlah satu perkara yang memalukan atau dramatik.
Terdapat dua jenis sawan:
  1. Sawan menyeluruh
    Disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak. Sawan keseluruhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:
    • Tonik-klonik (dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal).
    • Ketidakwujudan (dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal).
    • Mioklonik. 
  2. Sawan separa
    Bermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), tetapi boleh merebak ke bahagian otak yang lain. Sawan separa ini boleh dibahagikan kepada dua kategori: 
    • Separa kompleks
    • Separa ringkas
    • Sawan yang khusus pada kanak-kanak sahaja:
      • Sindrom West
        Biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 8 bulan.
      • Sindrom Lennox-Gastaut
        Melibatkan kanak-kanak yang muda. Ini merupakan epilepsi yang paling buruk berlaku pada kanak-kanak yang muda.
Apakah penyebab epilepsi?

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada epilepsi dan biasanya ia sedikit sebanyak berhubungkait dengan umur.

Beberapa penyebab bagi epilepsi termasuklah:
  • Penyebab yang biasa
    • Kecederaaan di kepala.
    • Faktor genetik.
    • Tumor otak.
    • Tekanan psikologi (menyebabkan sawan palsu - pseudoseizure iaitu serangan yang sama dengan sawan epilepsi tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja).
    • Paradoksikal/tindakbalas yang luarbiasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah antiepilepsi.
  • Penyebab pada orang dewasa:
    • Sklerosis (parutan) hipokampus - bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam otak).
    • Penyalahgunaan alkohol atau dadah.
    • Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stres, antipsikotik atau dadah antiepilepsi.
    • Jangkitan kuman seperti meningitis dan ensefalitis.
    • Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti plumbum di tempat kerja.
    • Penyakit kemerosotan otak (berlaku pada wargatua).
  • Penyebab pada kanak-kanak
    • Demam yang kuat.
    • Suntikan vaksin - sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.
    • Sawan aruhan televisyen - sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran televisyen terlalu lama.
    • Kecacatan sewaktu lahir.
    • Kerosakan otak.
    • Keracunan.
    • Kecederaan di kepala.
    • Ubat-ubatan seperti melatonin - sejenis hormon yang digunakan untuk mengawalatur tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari.
Pada sesetengah wanita, epilepsi mungkin dicetuskan oleh perubahan hormon. Ia biasanya berlaku pada minggu sebelum datangnya haid.

Apakah tanda-tanda dan gejala epilepsi?

Terdapat dua kategori utama epilepsi:
  • Sawan separa atau setempat.
  • Sawan menyeluruh.
Di dalam kategori ini, terdapat lagi pelbagai jenis yang lebih kecil. Jenis-jenis bagi setiap kategori adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Sawan Menyeluruh

Ia melibatkan keseluruhan bahagian otak secara serentak. Terdapat dua jenis sawan menyeluruh:
Sawan menyeluruh tonik-klonik
  • Tidak sedarkan diri.
  • Menggigit lidah atau pipi.
  • Mengalami sentakan kaki dan tangan.
  • Pernafasan terhenti sementara.
  • Hilang kawalan usus dan pundi kencing.
  • Sembuh secara perlahan-lahan kemudian ia tertidur yang agak lama.
Petit mal
  • Tiada perubahan pergerakan dan kedudukan.
  • Keadaan tidak sedarkan diri yang datang untuk seketika (renungan kosong).
  • Kerlipan mata biasanya hanya merupakan manifestasi motor.
  • Serangan yang berulang-ulang (sehingga 50 . 100 kali setiap hari).
  • Sering terjadi di zaman kanak-kanak.
  • Boleh mengganggu pembelajaran.
Sawan Separa
Ia melibatkan sebahagian kecil otak dan boleh dikategorikan kepada dua jenis:
Separa Ringkas
  • Masih sedarkan diri.
  • Gejala dan tanda yang wujud akan menentukan kawasan fokus. elektrik contohnya sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki dan lain-lain lagi.
  • Mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata.
  • Keadaan mental dan emosi yang ganjil seperti tindakbalas yang berlebihan terhadap bau dan rasa. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...