KISAH HATI

TABAHKAN HATI INI

satu-satu dugaan menimpa diri ini..tapi apa yang aku boleh buat..hanya berdoa kepada ALLAH agar aku boleh terus hidup dibawah cahayanya..nak menangis pun aku tak boleh dah..aku hanya berharap keputusan yang bakal aku terima nanti menjadikan aku lebih tabah..

aku bia terima hakikat yang aku akan mati..tapi aku tidak bisa terima jika hakikatnya aku mati dalam keadaan yang menyedihkan.kuatkan hati aku ya ALLAH untuk terima segala keputusan pada hari selasa nanti..pada tika ini aku hanya mampu berdoa untuk mengharapkan keputusan yag baik tentang keadaan aku..

harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat..buat bonda dan ayahanda janganlah kalian terlalu risau mengenai diri ini..isnyallah semua akan baik-baik sahaja



MANA HILANGNYA SENYUM DAN GELAK TAWAMU

aku mengabiskan masa bersama kau cukup lama..tetapi yang aku perasan tentang dirimu..senyum dan gelak tawamu telah menghilang..tetapi aku tidak pernah melupakan senyumanmu dan gelak tawamu..hampir dua tahun kita tidak bersama..adakah kau masih menyalahkan aku atas silap kita dahulu..kau pasti tahu aku tidak pernah menyalahkan dirimu..kerana paling banyak melakukan kesilapan adalah diriku.

walaupun kita tidak mempunyai sebarang hubungan..salahkah untuk engkau melontarkan senyuman mu kepada aku..untuk aku mendengar gelak tawamu..terus terang aku cakap..aku merindui kau sangat..kerinduan aku ini hanya TUHAN sahaja tahu betapa aku rindu dan sayang padamu sepangjang dua tahun kita berpisah..

aku nak kau tahu...bahawa kehilangan senyumanmu itu dan gelak tawamu amat menyakitkan aku..kerana kau miliki senyuman yang cukup indak dan tawamu yang begitu menawan..adakah semua itu hilang begitu sahaja..kembali senyum sayang..jangan kerana aku kau padamkan semua yang indah dalam dirimu..


PERJALANANKU

alhamdulillah selamat juga aku tiba di Sabah dan akan pulang ke Kuala Lumpur esok malam pula..bumi negeri dibawah bayu ini yang hampir 2 tahun tidak aku tidak menjejak kaki ke sini akhirnya aku membuat keputusan untuk pulang menziarahi keluarga ku yang ada disini..walaupun selama 10 hari namum perjalananku di bumi Sabah ini begitu bermakna.

aku memulakan perjalanan aku dengan pergi dahulu ke Sandakan..apa yang ada di Sandakan..sudah pastinya pasar SIM-SIM nya..makanan laut yang amat aku gemari..haha..di Sandakan juga sempat aku pergi ke Balin Cafe..satu tempat yan menarik buat aku..

setelah dua malam di Sandakan aku ke Tawau..rumah Mama Ida..dan juga merupakan rumah kawan baikku si Caloi..di Tawau sudah pastinya aku mencari Pisang Goreng Cheese dan Manggo Sago..sedapnya..walaubagaimanapun aku di Tawau tidak lama sebab kami pergi ke Kota Kinabalu untuk memenuhi undangan perkahwinan keluarga..

setelah berulang alik Tawau dan Kota Kinabalu..aku pergi semula ke Kota Kinabalu untuk menziarahi keluarga Adzmin..kawan baikku dari IPIK(Institut Perguruan Ilmu Khas)..dan pada malam esok tangga 7 June aku akan pulang semula ke Kuala Lumpur..

inilah cuti aku sepanjang cuti semester ini..berada dibumi Sabah yang amat aku sayangi dan cintai



KENAPA ??




kenapa?? kenapa?? kita tidak boleh mencintai orang yang mencintai kita sepenuh hati mereka..kenapa kita tak hargai mereka..kenapa?? kenapa?? dimanakah silapnya?? kenapa hati kita degil untuk mencintai orang yang kita tidak pasti sama ada mereka betul-betul cintai kita atau tidak..kenapa kita begitu degil..

orang selalu cakap cintai orang yang mencintai kita..kerana hati mereka ikhlas..tetapi bagaimana kita mahu mencintai mereka sedangkan hati kita tidak sedia menerima mereka..kenapa begitu..kenapa..aku pun tidak faham dengan semua ini..

orang pun selalu cakap jangan mengharap cinta dari orang yang kita cintai..kerana mereka akan buat kita sakit dalam kebahagiaan kita tersebut..tapi kenapa??sudah bahagia ingin disakiti..aku pun tidak faham..sama ada cinta buat orang gembira..sedih..ketawa dan apa lagi...

itu semua kita yang cari..kita yang rasa..sebab semua itu pilihan kita..bukan pilihan orang lain..tanya diri sendiri sama ada ingin disakiti atau disayangi..tepuk dada tanya selera..


kalau hati boleh keluar macam ini..ingin aku keluarkan hati aku dan pecahkan nyaa..





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...