Sunday 30 September 2012

BIDANG TUGAS PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS


Pentadbiran Umum
1.         Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,
2.         Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan   peringkat sekolah,
3.         Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,
4.         Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan khas,
5.         Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
6.         Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini :
6.1.     Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.2.     Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.3.     Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.4.     Fail Mata Pelajaran,
6.5.     Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.6.     Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.7.     Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8.     Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
6.9.     Fail Program Inklusif,
6.10.   Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.11.   Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.12.   Buku Stok
6.13.   Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7.         Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8.         Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,
9.         Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,
10.      Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11.      Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12.      Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan khas),
13.      Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak pada bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14.      Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,
15.      Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan borang permohonan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak mengikut tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,

Pengurusan Hal Ehwal Guru
1.         Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak supaya mereka dapat dihantar berkursus,
2.         Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar kanak-kanak cacat,
3.         Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak d    isalahgunakan oleh pihak sekolah.

Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.         Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan Murid.
2.         Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak,
3.         Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau melalui Pejabat Pelajaran  Daerah,
4.         Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,
5.         Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup,
6.         Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan dengan cekap,
7.         Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
8.         Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar negeri dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya.
9.         Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti Sekolah.

Pengurusan Data
1.         Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,
2.         Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

Pengurusan Stok
1.         Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak diletakkan di dalam kelas pendidikan khas,
2.         Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3.         Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak,
4.         Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.

Pengurusan Kewangan
1.         Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun,
2.         Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),
3.         Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
4.         Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas,
5.         Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang disediakan oleh bendahari kelas.

Pengurusan Kelas
1.         Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
2.         Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,
3.         Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi,

Pengurusan Jadual Waktu
1.         Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing.
2.         Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.         Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas dari masa ke semasa,
2.         Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,
3.         Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
4.         Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam,

Pengurusan Diri
1.         Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas,
2.         Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru pendidikan khas.

BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN KHAS


Pengurusan Dokumen
1.         Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,
2.         Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,
3.         Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini,
4.         Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,
5.         Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain,

Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.         Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,
2.         Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),
3.         Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya,
3.         Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,
4.         Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,
5.         Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,
6.         Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki peperiksaan awam,
7.         Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan,
8.         Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,



Pengurusan Data
1.         Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.

Pengurusan Kewangan
1.         Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

Pengurusan Kelas
1.         Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,
2.         Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,
3.         Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta tersebut,
4.         Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,
5.         Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.         Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,
2.         Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,

Saturday 29 September 2012

SOALAN PALING AKU BENCI

banyak-banyak soalan aku paling benci bila orang lagi tua dari aku tanya pasal soal kahwin..aku tak sedia lagi untuk semua itu..cukuplah aku hanya bertemankan sahabat-sahabat yang paling aku sayangi..dan disamping keluarga yang dicintai..

aku masih teringat masa aku Pengalaman Berasaskan Sekolah dekat sekolah..hari-hari cikgu dekat bilik pendidikan Khas tanya aku pasal soalan ini..

Cikgu : kamu bila nak kawin nie dengan kapel kamu..
Aku : cikgu ni..saya calon pun xde lagi cikgu..inikan pula nak fikir soal kawin..
Cikgu : ahh kamu ni nak menipu saje kan..xkan muka elok xde orang nak..ni mesti sebab kamu memilihkan..
Aku : insyallah cikgu..saya tak memilih..jika ada jodoh saya kawinlah..(berpeluh-peluh dah)
Cikgu : tapi saya masih xpercaya kamu xder pasangan lagilah..
Aku : (panggil kawan aku corn) Corn cikgu xcaya saya xde calon ag..(corn hanya mengangguk sebab sibuk   dengan tugasan kan)
Cikgu : abis 2 bile kamu nak kawin..
Aku : lagi 15 tahun pas posting saya kawinlah..(xsedap punggung dah..rasa nak lari jer)
Cikgu : jangan kawin lambat-lambat sudah la..
Aku : (loceng berbunyi) cikgu dah balik sekolah lah..saya balik dulu lah..esok kita sambung kalu bole xyah sambung pown xpe..

kalu sehari saja tanya xper lah..ni hari-hari tanye..aku memang xsedia fikir psal calon hidup aku..sebab aku berserah pada tuhan..jika ada jodoh buatku..maka aku terima pasangan aku seadanya..INSYALLAH aku kuatkan semangat jika pasangan aku INSAN ISTIMEWA seperti pelajar aku...

Tuesday 25 September 2012

DANA SUKARELAWAN 1 MALAYSIA


PROGRAM SUKARELAWAN BELIA 1M4U TERIMA DANA RM100 JUTA | Satu program baru telah dilaksanakan iaitu Program Sukarelawan Belia dengan nama 1Malaysia Untuk Belia (1M4U). Sebuah dana khas berjumlah RM100 juta akan diwujudkan bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) tersebut dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini.
Dana berkenaan dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M), yang akan diuruskan oleh satu pasukan tugas khas dengan pentabiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.
Ia merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan program-program di bawah 1MU4 dilengkapi dengan peruntukan untuk para belia menjalankan program sukarelawan mereka ke arah masyarakat dan negara lebih baik.
Semoga dengan wujudnya program 1M4U dan Dre1M ini akan menarik minat seluruh rakyat terutamanya belia-belia negara untuk terus memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia. Tahun 2013 juga akan diumumkan sebagai Tahun Kesukarelawan. Bagi mereka yang berminat boleh mengunjungi laman web www.1m4youth.com.my. Pendaftaran adalah percuma.


Friday 21 September 2012

MANIS??PAHIT??


tentu anda tertanya-tanya..asal tajuk post aku pahit??manis??..it is about L.O.V.E...semua orang inginkan cinta yang sejati..tetapi dalam percintaan tidak semuanya manis dan tidak semuanya pahit..tidak semestinya perhubungan yang pertama akan berjaya dan tidak semestinya juga akan gagal bukan..

siapa yang tidak inginkan cinta yang sejati..semua orang mendambakannya..kerana untuk mencari teman hidup dunia akhirat..susah senang..suka duka..itulah teman sejati yang kita sentiasa mencari dan terus mencari..

cinta datang tanpa kita sedari sebab itu orang cakap cinta itu buta..cinta tidak kenal usia, paras rupa, jenis darah mahupun saiz badan..kerana bila hati sudah diketuk oleh pandangan orang yang kita cintai maka terjalinlah cinta itu..cinta diketuk oleh pandangan pertama banyak sekali..tetapi cinta mula diketuk secara perlahan-lahan jika untuk memulakan perhubungan secara beransur-ansur..kerana mahu mengenali hati budi masing-masing dahulu..

tapi perlu kita sedari..cinta akan pudar apabila kejelasan cinta kita mula kabur..cinta hanya buat kita menangis bila kita sangat mencintainya..cinta tidak kenal sesiapa..jika cinta itu mahu kita menderita..cinta juga akan mengkhianati kita bila nikmat bercinta itu semakin berkurangan..

cinta akan datang apabila.takdir diatas sudah menetapkan jodoh kita..maka itulah jodoh kita..cinta usah dicari..cinta juga usah dikejar..kerana cinta akan datang dengan sendirinya kepada tuan empunya diri bila sudah tiba masanya..cinta tidak perlu ikut perasaan..tetapi cinta memerlukan hati yang terang untuk kita mengesannya..

Thursday 20 September 2012

WARKAH BUAT BONDA DAN AYAHANDA


Telah lama bondaku pinta untuk membuat satu warkah buat beliau..maafkan anakanda buat bonda ternanti-nanti warkah buat bondaku tersayang..bonda baca ya..
Masihkah bonda teringat perkhabaran dari doktor yang merawat bonda..bonda diberitahu bahawa bonda hamil...sudah berusia dua minggu kandungan bonda...bonda dan ayahanda seperti tidak percaya...penantian selama dua tahun sudah terbalas..kerana bonda dan ayahanda merancang mahu menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat selepas sahaja perkahwinan ayahanda dan bonda berlangsung...penantian selama setahun tidak menjadi..akhirnya masuk tahun kedua barulah terhasil cahaya mata hasil kalian berdua..
Tempoh sembilan bulan bonda tanggung dengan pelbagai suka,duka, manis dan pahit..pelbagai dugaan bonda harungi demi keselamatan anak pertama bonda..yang bonda inginkan keselamatan anakanda..lahir menjadi bayi yang sihat, cergas dan sempurna..sehingga tempoh lima bulan bonda masih merasakan diriku ringan untuk dibawa kemana sahaja bonda pergi..masuk bulan keenam bonda rasa terbeban sangat bukan...tapi bonda tidak sedikit pun mengeluh..sebaliknya mengusap perut bonda seumpama sedang membelai diri..lalu bonda berbisik padaku..
“janganlah nakal dalam perut bonda..bonda takut apa-apa jadi pada anakanda..duduk diam-diam dekat dalam..nanti keluar jumpa lah bonda dan ayahanda..sabar ya wahai anakku”
Bulan ketujuh hingga kesembilan bonda paling tersiksa..perut bonda makin membesar..nak naik tangga pun bonda tidak larat lagi..apatah lagi berjalan kesana sini..terpaksa pula bonda menyusahkan ayahanda untuk ke pasar..beli keperluan rumah..ayahanda selama ini sibuk bekerja dan tidak pernah jejak kaki ke pasar..menjadi seorang yang bonda tidak kenali..demi bonda dan anakanda..ayahanda turutkan kemahuan bonda..buang sifat pemalunya..demi kita berdua..terima kasih ayahanda..
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba..bonda dibawa ke wad bersalin dan temani oleh ayahanda..bonda mengering kesakitan untuk melahirkan anakanda ini..selama hampir 4 jam dalam wad mengering kesakitan akhirnya bonda berjaya mengeluarkan beban bonda yang selama ini bonda pikul selama sembilan bulan..bonda berkata padaku..
“ini bukan beban buat bonda..tapi satu anugerah buat bonda..dapat melahirkan cahaya mata seindah syurga dan sesempurna mahigai yang tersegam indah..cahaya mata bonda tersenyum ceria..kekalkan senyuman ini”
Bonda dan ayahanda..terima kasih kerana menghasilkan dan melahirkan anakanda..terimalah warkah buat Bonda dan Ayahanda tersayang

Wednesday 19 September 2012

AKU HANYA MENDOAKAN

sudah aku terima hakikat bahawa dirinya bukan milikku lagi...aku ikhlas melepaskannya demi kebahagiaannya..aku tidak akan halang untuk dia hikmati kebahagiaan dan kegembiraanya bersama insan yang baharu..

aku gembira jika tahu engkau gembira bersama orang yang kau sayang..cukup aku tahu engkau selamat disampingnya sudah buat aku gembira..tentang kegembiraanku usah kau risau..akan aku cari kebahagiaan aku sendiri.yang penting aku mahu engkau gembira..

aku hanya mampu berdoa engkau gembira disamping teman istimewa engkau yang baharu..cukup sekadar teman-teman aku disini untuk membuat aku gembira

Monday 17 September 2012

MELEPASKAN DENGAN PERIT


mungkin aku terlalu sayangkannya sehingga tidak mampu aku melupakannya..tapi paling memeritkan aku apabila dia sdah mempunyai kekasih hati yang baru..aku tidak tahu sama ada mahu tersenyum aku mahu menangis..aku dalam dilema..kerana kekasih hatinya yang baharu merupakan salah seorang sahabat yang rapat dengan aku..

kerana ingin melihat mereka bahagia aku lepaskannya dengan hati yang perit..pada hakikatnya aku masih menyayanginya dengan sepenuh hatiku..tiada insan yang pernah aku sayangi selain dia selepas Pencipta ku dan kedua orang tua ku..demi kebahagiaan mereka juga aku mengundurkan diri supaya tidak melukakan perasaan mereka..

aku hanya berharap dia yang aku sayangi bergembira dan berbahagia bersama kekasih hatinya yang baharu..mungkin yang baru lagi sempurna dari yang lama..kerana aku tidak mampu membahagiakan dia dengan apa yang dikehendakinya..aku berdoa bahawa mereka gembira selamanya..itu sahaja pinta ku..

KUALA LUMPUR TIADA PILI AIR DI TANDAS ????


hahahah..pelikkan Kuala Lumpur tiada pili air ditandas terutama di pasaraya2 besar..bukan tiada sebenarnya tetapi sudah mengikut arus perubahan zaman..pili air ada sedia pada mangkuk tandas tersebut dan pilinya pada jamban tersebut..

cerita ini aku petik semasa bawak roomate aku balik rumah..katanya nak jalan-jalan KL..alang-alang cuti aku bawalah..yang aku pelik mana sahaja kami menapak dia nak pergi tandas..aku pun pelik lah kan..so aku bairkan sahaja..sebab ingat dia betul-betul sakit perut...masa nak keluar Times Square baru dia bagi tahu..nak pergi tandas tapi tidak ada pili..aku pun bantai ketawa..aku pun tunjuk lah dekat dia..pili sebelah mangkuk wahai kawan ku..aku siap masuk lagi jamban tunjuk dekat dia yang pili sebelah mangkuk jamban..

hahahah..tapi tak apa pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.. 

Tuesday 11 September 2012

JANGAN CUBA MENCINTAIKU

pernah berkali-kali aku pesan kepada sesiapa sahaja yang pernah berkenalan..jangan cuba mencintai aku atau cuba untuk jatuh cinta dengana diri ini..aku paling tidak pandai dalam bercinta..biarlah aku sekadar mencintai orang-orang sekeliling ku sebagai teman yang cukup istimewa buat diriku..

bukan kerana aku memilih untuk cari pasangan hidup yang terbaik..tetapi kerana aku begitu lemah dalam menjaga perasaan pasangan aku..sebab aku ingin jadi yang terbaik buat pasangan aku..jika kau mampu menahan perasaan CINTA padaku selama 3 tahun tidak kah kau mampu menunggu aku lagi dalam sedikit masa..

jika sekali pun aku sudah mencintai..para sahabat aku juga yang akan aku utamakan kerana mereka lebih rapat pada diri ini dari pada kau kekeasih hati ku..percayalah bagi aku sedikit ruang untuk jadi yang terbaik buat dirimu..satu masa nanti hati ini akan terbuka untuk menerima dirimu menjadi suri dalam hidupku...

ASSIGNMENT

perkara paling buat pelajar IPTA dan IPTS tertekan..mula-mula tugasan masih lagi buat relaks saja..tapi bila dan nak kena hantar..ramailah yang lintang pukang xtido malam..bersengkang mata wat esement..xgitu ko jahh..hahah

ada yang boleh siap dalam tempoh satu jam jer..itu lagi power...hahahah..mau xnyerr..orang lern 2 3 hari bau siap dia lak wat sejam..power giler kan otak dia..kalu aku..aku suka siapkan separuh sume esement..bab bile dah nak kena hantar..ada ag separuh jer nak kene buat xderlah rasa stress sangat kann...

jadi paper pown siapkan tugasan anda..jangan tanguh2 kan..bab aku tgal ag 2 esement jer..hahah..seronok nyerr..yg blom siap ikat kain kat kepala..hahah

PENDAPAT MENGENAI ISU OPPA GANGNAM STYLE

baru-bari ini ramai terkejut dengan OPPA GANGNAM STYLE..sudah banyak yang terkejut..sudah pasti juga ada yang membuat cerita mengeni gaya tersebut..kebanyakan isu berkaitan dengan agama islam terutamanya..ada yang menyatakan bahawa gaya tersebut cuba menghina agama islam..

terus terang jika menanyakan pendapat saya..saya mengatakan itu satu revolusi atau pun rentetan daripada cara hidup kita yang hanya mahukan keseronokan..gaya tersebut mungkin hanya untuk keseronokan dan bukan untuk dijadikan ikutan..tetapi hanya untuk mereka mencari makan dengan aksi-aksi yang pelik..saya juga dengan gaya CIKGU SHIDA sebenarnya..

kita boleh berseronok dengan gaya tersebut..jika sudah sahih ianya menghina agama islam..jangan kita terlampau mengagungkan gaya tersebut..mungkin boleh jatuh kepada syirik..ingat satu perkara sahaja iaitu jika tidak terlampau melampau batas syarak islam boleh ia dilakukan..tetapi jangan sehingga melanggar batas syarak islam..

ianya pendapat saya sahaja..sebab terlalu ramai menanyakan pada saya mengenai isu tersebut..sebab terlalu sibuk dengan esement kann..ok sampai disini sahaja bicara kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...