Wednesday 22 April 2015

KEPADAMU AKU BERSERAH..TERIMALAH TAUBATKU






Telah lama aku sunyi tanpa kata..mendiam tanpa berita..dah hampir nak bersawang laman ini aku tinggalkan..aku digagasi dan disibukkan dengan kerja2 dunia...dunia..? 

ya..kerja yang tidak akan habis sehingga roh terpisah dengan jasadnya, kerja yang membuat manusia lupa, alpha,khilaf,zalim, dan banyak lagi bencana kerana dunia..kerja dan urusan yang membuatkan aku telah khilaf pada tempat yang abadi selamanya..yang membuatkan aku mengabaikan tanggungjawab ukhrawi...kerja yang membuatkan aku jauh dari Pencipta.. 


Namun..aku syukur padamu yaAllah..kerana Kau telah sedarkan aku kembali akan kesilapan dan khilafku..aku sujud padamu ya Allah..aku mohon keampunan..aku mohon taubat padaMu ya Allah...aku mohon dikekalkan dan istiqamahlah aku dalam urusan kebaikan, dalam ibadatku, solatku, hatta perjuangan fisabilillah..semoga aku kuat untuk hadapi sebarang ujianMu ya Allah.. aku kerdil ya Allah..sangat kerdil d sisiMu..siapalah aku..hanya seorang hamba yang hina..



Aku tkot ya Allah..aku takot akan azabMu..azab nerakaMu ya Allah.. aku mohon kepadaMu ya Allah..peliharalah iman aku sehingga ke akhir hayatku..aku tkot terpesong di pertenghan jalan..peliharalah takwa aku sehingga akhir nyawaku..aku tkot tertewas dgan nafsu dan syaitan laknatullah di perjalan hidupku...peliharalah pancainderaku sehingga penghujung hidupku..aku tkot terkandas pada nikmat yang smentara..dan peliharalah diriku,sahabat2, dan seluruh umat yang mengimaniMU sepenuhnya daripada azab api nerakamu yaAllah... bertapa lemahnya hambaMu ini yaAllah..lemah dalam melawan hawa nafsu, dan menewaskan godaan syaitan..

walaupun aku thu benda itulah musuh manusia yang nyata..namu itu, ya Allah..aku mohon kekuatan kepadaMu ya Allah, berilah aku kudrat untuk aku mendidik nafsuku dengan nilai iman..kerana itulah makanan nafsu yang patut diberikan..kerana salah didikan lah, nafsu boleh mengawal manusia..nafsu menjadi tuan kepada manusia..aku mohon kekuatan daripadaMU ya Allah..berilah aku kudrat untuk lawan dan twaskan godaan dan sebarang permainan daripada syaitan laknatulllah.. berilah, kurniakanlah kepadaku yaAllah...kejayaan dunia dan akhirat..kebahagiaan dunia dan akhirat...namun yang paling utama dan penting bagiku adalah kebahagiaan akhirat..


aku tidak kisah akan kejayaan dan kebahgiaan dunia..kerana ia hanya sementara..terlalu sekejap perjalanan hidup d dunia ni..benda2 itulah yang akan menguji kita..biarlah takdir dan ketentuanMU yang menentukannya..apa yang paling penting adalah usaha..dan selebihnya adalah qada' dan qadarMu..kerana di dalamnya ada yang tersirat.. aku mohon juga padamu yaAllah...istiqamah dan thabatlah aku, sahabat2 perjuangku, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dan seluruh pencinta kepada islam supaya kami teguh dalam perjuangan buat selama-lamanya..semoga roh perjuangan nabi S.A.W yang diwarisi ini menjadi sedikit sumbangan dan asbab untuk menghadang diri kita daripada dicampakkan ke neraka Allah S.W.T....


nau'zubillahiminzalik...mintak2 sangat dijauhkan daripada kita smua...semoga sedikit pertolongan yang ikhlas kita untuk islam ini boleh dijadikan nilai untuk memberatkan pahala kita di mizan Allah suatu hari kelak.. namun itu ya Allah...aku mohon kekalkan lah hati2 kami ya Allah..aku tahu ya Allah..begitu banyak lagi liku dan duri yang terbentang di hadapan aku ini ya Allah..kerana itu aku memohon kepadaMu ya Allah..peliharalah diri aku sehingga ke akhir hayatku..


ya Khalid hu ya Rahmanu ya Rahim.. namun sekali lagi aku ingat dan tegaskn...bhawa pnulisan aku ini bukanlah untuk dibaca umum, bukanlah untuk mmbuka hati kepada sebarang pnyakit hati,riak,takabbur, dan sebagainya..ianya hanyalah sekadar luahan dari seorang hamba yang hina, kerdil dan tanpa apa2 kelebihan..ianya adalah sbagai penguat kepada penulis sndiri..tiada kaitan dengan mana2 pihak..andainya ada hamba Allah yang membacanya,jika ada yg baik ambillah sbagai pngjaran..andai ada sebarang kekurangan dan khilaf, jauhkan lah dan jadikanlah sbagai sempadan. 


ya Rab..aku tidak layak kesyurgaMu..namun aku memohon dijauhkan daripada azab api nerakaMU..seluruh dan sepanjang kehidupanku,dulu, kini dan selamanya,berkatilah dan rahmatilah setiap pekerjaan dan perbuatanku..kerana hanya itulah tiket untukku ke syurgaMu...Amin..ya rabba a'lamin... 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...