Friday 2 March 2012

Demi Sahabat

hahahahaha..aku nak ceritakan pengalaman aku bersama seorang sahabat aku ini..

bagi aku dia seorang insan yang cukup baik dan cukup tabah dalam menjalani kehidupan dia biarpun mengharungi pahit lebih banyak dari manis..mengharungi tangisan lebih banyak dari gelak tawa..aku amat kagumi dia dengan apa yang telah dia lalui selama ini..

demi sahabat dia tidak pernah merungut tidak pernah mengeluh..mana sahaja kawan ajak dia pergi dia akan sentiasa jadi peneman walaupun hanya tika susah kawan dia cari dia..jarang dia akan memberi alasan..melainkan tika dia dalam keadaan tidak sihat..walaupun tiada duit ditangan dia masih akan menemani mana sahaja kawan dia pergi..hanya demi seorang kawan...

demi seorang sahabat juga dia sanggup mengalah demi tidak memanjangkan perdebatan itu..supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh..banyak masalah sahabatnya dia dengari kerana dia seorang pendengar yang baik dan nada nasihat yang penuh ketenangan membuat sahabatnya amat tenang disisinya...pernah dia memeluk ku bila aku dalam keadaan sedih sampai mengusap rambut ku...selalu die berkata padaku "KALU KITA FIKIR MASALAH KITA BERAT ADA ORANG SEKELILING KITA MENANGGUNG MASALAH LAGI BERAT DARI KITA".,senantiasa aku ingat pesanan itu..

kadang-kadang dia sanggup mengetepikan perasaan kasih dan sayang dia terhadap orang yang lebih menyayangi dia..kerana untuk menjaga peresaan sahabat-sahabatnya...kerana dia selalu berpesan "AKU HIDUP DEMI SAHABATKU"..pesanan yang cukup membuat aku menangis..aku tahu dia sedih tapi dia tidak akan luahkan kerana dia tidak sanggup mencurahkan air matanya dihadapan sahabatnya dan merisaukan mereka...

kadang-kadang kita tidak terfikir ada sahabat kita yang sanggup membuangkan ego mereka demi kita..tapi dai sanggup buang segala ego dalam dirinya untuk mengecapi saat bahagia besama-sama sahabatnya..aku bukan menyanjungnya..tetapi aku amat menghargai individu seperti ini..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...