Monday 17 September 2012

KUALA LUMPUR TIADA PILI AIR DI TANDAS ????


hahahah..pelikkan Kuala Lumpur tiada pili air ditandas terutama di pasaraya2 besar..bukan tiada sebenarnya tetapi sudah mengikut arus perubahan zaman..pili air ada sedia pada mangkuk tandas tersebut dan pilinya pada jamban tersebut..

cerita ini aku petik semasa bawak roomate aku balik rumah..katanya nak jalan-jalan KL..alang-alang cuti aku bawalah..yang aku pelik mana sahaja kami menapak dia nak pergi tandas..aku pun pelik lah kan..so aku bairkan sahaja..sebab ingat dia betul-betul sakit perut...masa nak keluar Times Square baru dia bagi tahu..nak pergi tandas tapi tidak ada pili..aku pun bantai ketawa..aku pun tunjuk lah dekat dia..pili sebelah mangkuk wahai kawan ku..aku siap masuk lagi jamban tunjuk dekat dia yang pili sebelah mangkuk jamban..

hahahah..tapi tak apa pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...