Thursday 20 September 2012

WARKAH BUAT BONDA DAN AYAHANDA


Telah lama bondaku pinta untuk membuat satu warkah buat beliau..maafkan anakanda buat bonda ternanti-nanti warkah buat bondaku tersayang..bonda baca ya..
Masihkah bonda teringat perkhabaran dari doktor yang merawat bonda..bonda diberitahu bahawa bonda hamil...sudah berusia dua minggu kandungan bonda...bonda dan ayahanda seperti tidak percaya...penantian selama dua tahun sudah terbalas..kerana bonda dan ayahanda merancang mahu menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat selepas sahaja perkahwinan ayahanda dan bonda berlangsung...penantian selama setahun tidak menjadi..akhirnya masuk tahun kedua barulah terhasil cahaya mata hasil kalian berdua..
Tempoh sembilan bulan bonda tanggung dengan pelbagai suka,duka, manis dan pahit..pelbagai dugaan bonda harungi demi keselamatan anak pertama bonda..yang bonda inginkan keselamatan anakanda..lahir menjadi bayi yang sihat, cergas dan sempurna..sehingga tempoh lima bulan bonda masih merasakan diriku ringan untuk dibawa kemana sahaja bonda pergi..masuk bulan keenam bonda rasa terbeban sangat bukan...tapi bonda tidak sedikit pun mengeluh..sebaliknya mengusap perut bonda seumpama sedang membelai diri..lalu bonda berbisik padaku..
“janganlah nakal dalam perut bonda..bonda takut apa-apa jadi pada anakanda..duduk diam-diam dekat dalam..nanti keluar jumpa lah bonda dan ayahanda..sabar ya wahai anakku”
Bulan ketujuh hingga kesembilan bonda paling tersiksa..perut bonda makin membesar..nak naik tangga pun bonda tidak larat lagi..apatah lagi berjalan kesana sini..terpaksa pula bonda menyusahkan ayahanda untuk ke pasar..beli keperluan rumah..ayahanda selama ini sibuk bekerja dan tidak pernah jejak kaki ke pasar..menjadi seorang yang bonda tidak kenali..demi bonda dan anakanda..ayahanda turutkan kemahuan bonda..buang sifat pemalunya..demi kita berdua..terima kasih ayahanda..
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba..bonda dibawa ke wad bersalin dan temani oleh ayahanda..bonda mengering kesakitan untuk melahirkan anakanda ini..selama hampir 4 jam dalam wad mengering kesakitan akhirnya bonda berjaya mengeluarkan beban bonda yang selama ini bonda pikul selama sembilan bulan..bonda berkata padaku..
“ini bukan beban buat bonda..tapi satu anugerah buat bonda..dapat melahirkan cahaya mata seindah syurga dan sesempurna mahigai yang tersegam indah..cahaya mata bonda tersenyum ceria..kekalkan senyuman ini”
Bonda dan ayahanda..terima kasih kerana menghasilkan dan melahirkan anakanda..terimalah warkah buat Bonda dan Ayahanda tersayang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...