Wednesday 24 October 2012

BELAJAR MEMIMPIN : KEPERIBADIAN


Frederick, Raja Prusia yang terkenal mengambil peluang pergi bersiar-siar di pinggir Kota Berlin. Tiba-tiba, kelihatan seorang lelaki tua berjalan kearahnya, lalu beliau pun bertanya kepada lelaki tua tersebut. "Siapakah kamu" tanya Frederick. "Saya adalah Raja," lelaki tua itu menjawab. "Raja?" Frederick tertawa lantas menyambung, "Apakah nama kerajaan yang kamu perintah?" "Atas diri saya sendiri" lelaki tua itu menjawab dengan penuh rasa yakin dan bangga. Hakikatnya, mengendalikan diri itu adalah tugas yang terlalu berat. Manakala musuh yang paling sukar dikalahkan di medan perang adalah diri sendiri.

Perkara diatas menjelaskan betapa sukar untuk menguruskan diri sendiri sebenarnya. Kerana dalam diri sendiri mempunyai pelbagai sikap atau sifat yang kita tidak tahu. Walaupun diri sendiri tidak semestinya kita mengenali diri kita sebenarnya. Kita rasa kita mempunyai keperibadian yang tinggi. Tapi sejauh manakah kebenaran itu?? Sejauh mana kesaksian itu??

Fikir-fikirkan adakah kita sudah bersedia untuk memimpin masa depan kita dan orang lain 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...