Thursday 14 March 2013

TANGGUNGJAWAB SEORANG KETUA

Menjadi seorang ketua di sesebuah organisasi bukannya suatu tugas mudah. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul demi menjaga nama baik organisasi dan mencapai matlamat yang diinginkan. Seorang ketua juga terpaksa melayan pelbagai karenah orang bawahannya.

Mereka yang berada di bawah dalam struktur organisasi, kebiasaanya adalah mereka yang menjalankan dan menggerakkan organisasi berdasarkan arahan pentadbiran dan proses kerja yang dirancang oleh peringkat atasan. Masalah akan timbul, sekiranya arahan yang diberikan tidak jelas serta tidak sesuai dengan keadaan semasa organisasi, matlamat tidak tercapai dan organisasi menjadi kucar-kacir.

Disinilah kepekaan seorang ketua dalam memimpin organisasinya diperlukan. Seorang ketua yang baik perlu memahami keperluan dan kehendak serta karekter orang bawahannya dan pada masa yang sama mampu memimpin mereka agar dapat mencapai matlamat dan objektif organisasi.

Seorang ketua yang baik harus memahami setiap karekter orang bawahannya. Setiap individu mempunyai sifat yang berbeza. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Jika seorang ketua dapat memahami karekter setiap individu di bawahnya, ianya akan memudahkan pengurusan dan perancangan masa depan organisasi. 

Masalah timbul jika seorang ketua itu tidak memahami setiap orang dibawahnya. Memberikan kerja kepada individu yang salah. Keadaan lebih buruk lagi jika seorang ketua itu sekadar membuat andaian dan pertimbangan yang individu tersebut mampu melakukannya.Jika apa yang dimahukan oleh seorang ketua itu tidak seperti diharapkan, kesilapan dan kesalahan itu seharusnya tidak diletakkan kepada individu yang menjalankan arahan tersebut.

Ketua juga patut dipersalahkan kerana mengadaikan orang yang dipilih mampu menjalankan arahanya.Kekuatan dan kelemahan setiap individu perlu digunakan oleh seorang ketua dengan baik dan berkesan. Contohnya, jika A hanya mampu membuat kertas kerja dengan baik dan tidak mampu bercakap dihadapan khalayak yang ramai. Maka seorang ketua perlu memilih individu lain untuk membentangkan kertas kerja tersebut.

Ketua ibarat seorang jurulatih dalam pasukan bola. Setiap pemain mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada pemain yang tidak mampu untuk menjaringkan gol walaupun di hadapan pintu gol, tetapi mempunyai kekuatan fizikal dan mampu menahan asakan dengan baik. Pemain tersebut tidak boleh diletakkan di posisi menyerang, lebih sesuai untuknya bermain di bahagian pertahanan. Jurulatih yang baik harus memahami semua corak permainan kesemua pemainnya. Ini dapat membantu merangka strategi pasukan sebelum perlawanan. Sudah semestinya matlamat setiap pasukan ialah menjaringkan gol dan menang. Matlamat yang jelas.

Misi dan visi organisasi perlu jelas dan boleh dicapai agar semua ahli faham apa yang perlu mereka lakukan. Jika seorang ketua dapat memahami setiap karekter orang bawahanya, ianya mampu membawa organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.walaubagaimanapun ini semua hanyalah pendapat aku mengenai tanggungjawab aku semasa mengendalikan ahli kelas aku. tidak mudah dan tidak rumit. yang merumitkan apabila semua idea perlu didengar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...